Carian
Postur Duduk Yang Betul Sewaktu Memandu – Elak Kecederaan Muskuloskeletal
November 3, 2020 Lina Rosli

Postur Duduk Yang Betul Sewaktu Memandu – Elak Kecederaan Muskuloskeletal

Untuk mencari keselesaan sewaktu pemanduan kereta adalah bermula dari postur duduk yang betul. Anda perlu memastikan yang mana badan anda tidak berasa sakit atau tidak selesa akibat daripada cara duduk yang tidak betul. Lebih-lebih lagi untuk pemanduan yang lama dan jauh.

Man in White Dress Shirt Holding Smartphone

Oleh sebab itu, memandu dengan postur badan yang betul adalah salah satu perkara paling penting semasa mengendalikan kereta.

Mengapa Postur Pemanduan Penting?

Kelebihan postur memandu yang betul adalah:

  • Jarak pandangan yang lebih jelas
  • Keselesaan yang lebih baik
  • Masa reaksi yang lebih pantas

Bercakap mengenai masa reaksi, sekiranya anda duduk terlalu dekat dengan stereng atau tali pinggang keledar anda mungkin tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bertindak balas sekiranya berlaku perlanggaran.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda duduk dalam keadaan pemanduan yang betul di dalam kereta anda, ia juga dapat mengurangkan kecederaan muskuloskeletal dari masa ke masa.

Woman in Yellow Shirt Driving a Silver Car

Apa itu kecederaan muskuloskeletal? Ia adalah kondisi yang mana terdapat gangguan fungsi pada ligamen, otot, saraf, sendi, tendon serta tulang belakang. 

Sistem muskuloskeletal tubuh adalah struktur yang mendukung anggota badan, leher dan punggung.

Gangguan muskuloskeletal terjadi apabila seseorang inidivdu sering menggunakan atau memaksa penggunaan otot atau sendi untuk waktu yang lama tanpa istirahat. 

Antara faktor yang boleh menyebabkan kecederaan muskuloskeletal termasuk:

  • Postur: Membongkok atau menundukkan tubuh untuk tempoh yang lama.
  • Getaran: Mengoperasikan mesin dan peralatan yang bergetar.
  • Paksaan: Menggunakan kekuatan untuk melakukan aktiviti seperti mengangkat, menarik atau membawa benda-benda berat.
  • Pengulangan: Melakukan tindakan sama berulang kali dengan otot atau sendi yang sama.

Berdasarkan empat faktor di atas, postur tubuh adalah faktor utama dan seringkali dilakukan oleh setiap individu. Tidak kira sewaktu memandu atau berada di depan komputer untuk tempoh yang lama.

Bagaimana postur duduk yang sebenarnya sewaktu pemanduan?

Bersandar. Pastikan anda duduk dan melabuhkan tubuh di tempat duduk pada sudut tempat sekitar 100 hingga 110 darjah. Sudut ini menandakan kerusi anda tidak terlalu jauh dan tidak terlalu rapat dengan stereng.

Jika anda bersandar terlalu jauh, ia akan memerlukan anda untuk melihat ke bawah seklaigus menyebabkan leher berasa tegang.

Duduk di ketinggian yang betul. Naikkan tempat duduk anda sehingga ketinggian mata sekitar 8cm di atas bahagian atas stereng, tetapi tidak begitu tinggi sehingga kepala terkena bumbung. 

Anda juga harus memastikan anda masih dapat melihat angka pada speedometer.

Jangan duduk terlalu dekat dengan stereng. Lengan anda harus sedikit bengkok iaitu sekitar 120 darjah dan dada anda tidak boleh dekat dari 30cm dari roda.

Pastikan anda dapat menekan pedal dengan betul dan lutut juga perlu sedikit bengkok sekitar 20 hingga 30 darjah.

________________________________________________________________________

Berikut adalah tiga tips yang boleh anda praktikkan sewaktu pemanduan jalan jauh. Dengan ini, ia dapat mengurangkan rasa sengal dan sakit pada bahagian otot sekaligus mengurangkan risiko muskuloskeletal. Selamat mencuba!

 

Komen