Carian
Royal Canin Hadir Dengan Kempen Kesedaran Untuk Pemeriksaan Kesihatan Kucing
October 23, 2020 Lina Rosli

Royal Canin Hadir Dengan Kempen Kesedaran Untuk Pemeriksaan Kesihatan Kucing

Berapa kerap anda bawa haiwan perliharaan anda berjumpa dengan veterinar? Seawal bilakah anda mula mengambil berat terhadap kesihatan kucing anda?

Tahukah anda bahawa anda perlu membawa kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan sekurang-kurangnya dua kali setahun? Hal ini bagi membantu memberi diagnosis awal berkenaan isu-isu kesihatan haiwan sekaligus mengurangkan impak penyakit dan membolehkan rawatan yang lebih berkesan.

Oleh itu, Royal Canin kini kembali dengan kempen ‘Take Your Cat To The Vet’ dengan menawarkan lebih banyak aktiviti bagi mencetuskan kesedaran mengenai pentingnya pemeriksaan yang kerap untuk kucing-kucing. Bukan itu sahaja, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), International Society of Feline Medicine (ISFM), dan International Cat Care turut menyatakan sokongan mereka terhadap edisi keempat kempen ini di Malaysia.

Menerusi kempen ini, Royal Canin menggalakkan pemilik kucing supaya membawa haiwan peliharaan mereka berjumpa ahli veterinar berdaftar sekurang-kurangnya dua kali setahun.  Berdasarkan data sebelum ini, kebanyakan pemilik kucing berjumpa ahli veterinar hanya bila kucing itu sakit atau memerlukan vaksinasi. Kucing secara lahiriah bersifat berahsia dan tidak mempamerkan kesakitan atau penyakit sehinggalah sudah terlalu lambat.

Kempen ‘Take Your Cat To The Vet’ 2020 berlangsung dari 4 Oktober hingga 31 Disember 2020. Royal Canin telah menyediakan banyak aktiviti menarik untuk memberi ganjaran kepada pemilik haiwan peliharaan dan menggalakkan lagi mereka datang berjumpa doktor veterinar di dalam tempoh yang ditetapkan itu. 

Bagi anda yang mungkin ingin mengetahui dan juga berkongsi pengalaman mengenai kucing anda, sertai bual bicara khas selama satu jam di Faceboo pada 5 Disember 2020. Di samping aktiviti tersebut, pemilik kucing juga boleh mengikuti podcast Jom Talk Pets! di Spotify, Apple Podcast dan Google Podcast untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai amalan baik dalam penjagaan kucing mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Take Your Cat To The Vet’ dan petua-petua mengenai kucing serta anda mungkin mencari doktor veterinar berdaftar berdekatan, lawati laman rasmi Royal Canin.

Pemilik haiwan peliharaan boleh turut sertai perbincangan mengenai kempen ini menerusi media sosial menerusi hashtags: #TakeYourCatToTheVet, #Cat2Vet, #RoyalCaninMalaysia 

Komen