Carian
5 Tabiat Sebelum Tidur Untuk Minda Yang Segar – Persediaan Melangkah Ke Hari Esok
October 25, 2020 Lina Rosli

5 Tabiat Sebelum Tidur Untuk Minda Yang Segar – Persediaan Melangkah Ke Hari Esok

Sudah tentu apabila mendapat rehat dan tidur yang cukup sedikit sebanyak dapat menjadikan minda yang segar dan proaktif pada hari berikutnya. Lebih-lebih lagi apabila sudah hari anda dipenuhi dengan pelbagai tugasan dan aktiviti.

Apabila anda menyusun dan mengagihkan rutin pagi dan petang dengan baik, anda pastinya dapat mempersiapkan otak anda untuk lebih bersedia dalam menghadapi pelbagai cabaran yang akan dihadapi pada keesokkan harinya.

green ceramic mug on wooden desk

Oleh itu, bagi mengelakkan perancangan dan rutin anda menjadi rosak atau kelam kabut, maka anda perlu memanfaatkan waktu malam anda dengan mempersiapkan segalanya yang anda perlukan.

Perkara yang paling penting adalah disiplin.

Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi kepada anda beberapa cadangan rutin atau aktiviti pada waktu malam yang boleh anda praktikkan untuk persediaan pada hari esok.

Apa tabiat yang seharusnya anda lakukan?

Selepas pulang bekerja, anda akan mendapatkan makan malam dahulu, kemudian terus masuk ke bilik atau berehat di sofa dan seterusnya terbaring bermain telefon pintar sehingga tertidur. Dan akhirnya anda akan mulakan hari berikutnya tanpa mengetahui apa yang perlu dilakukan.

Tidak sihat bukan? Jadi apakah yang seharusnya anda lakukan?

Bersedia untuk esok bermula malam ini

Ini adalah salah satu perkara terpenting yang boleh anda lakukan sebelum esok pagi.

Perancangan untuk esok mengubah segalanya.

Luangkan 20 minit terakhir anda setiap hari untuk menyusun dan mengagihkan keperluan tugasan untuk hari berikutnya. Anda juga mungkin boleh bersiap sedia memilih pakaian dan menyediakan beg yang perlu digunakan pada hari esok.

Tinggalkan gajet di atas rak atau meja

Gajet atau peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet, komputer dan akan mengganggu waktu tidur anda kerana akan mengurangkan yang sangat penting untuk membantu anda tidur.

White Apple Iphone on Wooden Table

Menurut Profesor Psikologi di University of Hertfordshire, sepuluh minit penggunaan telefon pintar di depan mata anda bersamaan dengan kira-kira hampir satu jam berjalan kaki di siang hari yang cerah. Ia membawa maksud yang mana penggunaan telefon bimbit sebelum tidur seakan anda melakukan aktiviti berat yang menganggu tidur dan juga boleh mengakibatkan kesukaran untuk merehatkan badan.

Mengemas tempat tidur dan memastikan ruang bilik bersih

Apabila anda bangun tidur dan kemudiannya terlihat keadaan bilik yang kotor dan bersepah sudah tentu ia mengganggu emosi anda pada waktu pagi. Bandingkan jika sebaliknya? Anda bukan sahaja akan rasa lebih tenang ketika bangun pagi, malah ia menjadi lebih mudah untuk anda mencari barang atau mengurus diri jika bilik anda kemas dan tersusun.

Melakukan aktiviti penjagaan kulit

Menyediakan waktu untuk sesi penjagaan kulit juga adalah sesuatu yang baik untuk mendapatkan hari yang lebih baik pada hari berikutnya. 

Hal ini kerana, pada waktu malam mekanisme pembaikan dan pertumbuhan semula kulit adalah lebih aktif. Jadi, ia akan membuahkan hasil yang lebih baik pada kulit jika anda melakukan rutin kecantikan pada waktu malam. Bukan itu sahaja, anda juga pasti akan lebih bersedia dan konfiden dengan penampilan anda pada keesokkan harinya.

Konsum makan malam 2 jam sebelum tidur

Pernahkan anda bangun pagi dan terasa penat apabila mengambil makanan pada lewat malam atau sebelum tidur? Jika ya, ia bermakna badan anda menggunakan tenaga yang banyak untuk mencerna makanan yang diambil.

Oleh itu, pastikan anda selesai makan sekurang-kurangnya 2 jam lebih awal sebelum tidur. Ini memberi peluang kepada tubuh untuk mencerna makanan anda sebelum waktu tidur.

______________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa cadangan untuk menjadikan minda yang segar dan proaktif pada hari berikutnya. Jika anda mempunyai cara atau kaedah lain, jangan lupa untuk kongsikan bersama pembaca Tajria. Selamat mencuba!

 

Komen