7 Kesilapan Yang Kerap Dilakukan Tanpa Sedar Sewaktu Membersihkan Diri

Tidak dinafikan bahawa kebanyakan individu tidak mempunyai masalah dalam menyediakan waktu atau masa apabila ingin membersihkan diri. Namun, tahukah anda terdapat beberapa kesilapan yang biasa individu lakukan sewaktu ingin membersihkan diri. 

Sebilangan besar daripada kita biasa mempunyai kebiasaan dalam kebersihan yang digemari atau kerap diikuti. Banyak perkara yang kita rasa kita tahu, atau anggap dewasa sebenarnya merosakkan kesihatan kita. 

Berikut adalah 8 petua kebersihan yang lebih baik yang akan meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup anda:

Mandi Berlebihan

Mandi sangat penting untuk memastikan badan anda bersih dan bebas dari bakteria. Bukan itu sahaja, mandi juga bertujuan untuk membuang sel kulit mati selain dapat menyihatkan pori.

Namun, kesilapan yang biasanya dilakukan adalah dengan mandi secara berlebihan yang boleh menyebabkan kerengsaan atau jangkitan pada kulit. Selain itu, mencuci terlalu banyak dapat meningkatkan kemungkinan bakteria masuk ke dalam kulit anda. Tubuh manusia adalah rumah kepada kira-kira 1,000 spesies bakteria.

Berus Gigi Setiap Kali Lepas Makan

Tahukah anda bahawa memberus gigi setiap kali selepas makan boleh menyebabkan hakisan dan salah satu faktor gigi rosak? Menurut kajian, anda seharusnya menunggu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum memberus gigi selepas makan. Ini membantu anda mencegah hakisan enamel yang disebabkan oleh asid dalam makanan anda.

red green and white toothbrush

Antara makanan berasid yang berisiko menghakis lapisan enamel termasuk limau, oren dan lemon. Makanan ini mengandungi asid sitrik dalam jumlah tinggi. Jadi, apabila anda memberus gigi sebaik sahaja memakan makanan ini, ia akan merosakkan enamel anda.

Bukan itu sahaja, menggunakan ubat gigi yang terlalu banyak tidak memberikan kesan kepada pembersihan kotoran di dalam mulut. Ia hanya akan membuatkan bulu berus gigi sekadar meluncur di atas gigi dan sebenarnya tidak membersihkan gigi sama sekali serta anda hanya membuang ubat gigi.

Menggunakan Tangan Untuk Membersihkan Peluh

Kesilapan yang biasa dilakukan semasa selepas berlari atau bersukan adalah mengelap peluh di muka menggunakan tangan. Tangan mempunyai banyak kotoran dan bakteria yang berbeza kerana tangan anda akan memegang segala macam benda di atas meja. Oleh itu, Tajria menggalakkan anda untuk menggunakan tuala kecil untuk membuat anda lebih selamat dari penyakit.

Berkongsi Pengetip Kuku

Pengetip kuku sering digunakan untuk memotong kuku jari tangan dan kaki yang mana barangan yang paling kerap dikongsi tidak kira sama ada di pejabat atau di rumah. Perkara meminjam ini sebenarnya meningkat risiko penyebaran pelbagai jenis penyakit termasuklah Hepatitis C yang boleh merebak melalui rongga badadarah.

Disebabkan itu juga, barangan peribadi seperti berus gigi, sikat rambut, pisau cukur, pakaian dan pengetip kuku tidak boleh dikongsikan lebih-lebih jika mereka berpenyakit.

Kerap memegang kulit muka anda

Terdapat berjuta-juta bakteria di telapak tangan kita kerana hampir semua yang kita sentuh mempunyai bakteria seperti butang di lif, telefon bimbit, komputer riba, alat kawalan jauh dan sebagainya. Dianggarkan bahawa kita menyentuh wajah kita rata-rata 26 kali sejam, dan hampir separuh daripada kejadian itu, tangan kita kemudian menyentuh kawasan mata, hidung atau mulut yang merupakan zon larangan semasa wabak ini.

Acne, Pimples, Spots, Zits, Skin, Female, Face

Pastikan anda selalu mencuci tangan sekurang-kurangnya selama 20 saat dengan sabun. Dengan cara itu, walaupun anda menyentuh wajah anda, ia dapat mengurangkan risiko menyebarkan bakteria berbahaya atau virus yang sedang menular pada waktu ini di permukaan mukosa anda.

Menggunakan Tangan Untuk Menutup Mulut Ketika Bersin Atau Batuk

Penyebaran virus biasanya tersebar melalui titisan air dari mulut dan hidung. Elakkan daripada tutup mulut atau hidung menggunakan tapak tangan anda kerana ia turut menyumbang kepada penyebaran virus apabila anda menyentuh tempat lain.

Bukan itu sahaja, dengan melakukan ini hanya akan menyebarkan bakteria ke seluruh wajah dan tangan anda dan juga mendorong penyebaran kuman jika anda menyentuh objek atau permukaan yang bersentuhan dengan banyak orang.

Jadikan satu tabiat untuk sentiasa membawa tisu dengan anda di dalam apa-apa jenis keadaan dan segera buang tisu yang terpakai. Sekiranya anda tidak mempunyai tangan (full-consumed), batuk atau bersin di lipatan siku tetapi tidak ke tangan anda. 

Membawa masuk telefon bimbit ke dalam bilik air

Menurut pakar, individu masa kini lebih gemar membawa peranti ke tandas. Tahukah anda, pabila anda membawa telefon bimbit ke tandas, anda akan mendedahkannya kepada banyak kuman dan salmonella seperti bakteria.

Frog, Mobile Phone, Window, Toilet, Loo, Wc, Funny

Bukan itu sahaja, penggunaan telefon di tandas juga akan menjadikan tempoh masa anda duduk di tandas menjadi lama dan akhirnya akan menyebabkan tekanan pada urat pada bahagian bawah dubur juga yang mana berpontensi mengakibatkan buasir.

____________________________________________________________________________

Bagi memastikan diri anda selamat dan terhidar dari jangkitan kuman dan bakteria, amalan penjagaan diri yang betul adalah sangat penting. Bukan itu sahaja, selain kebersihan diri, kebersihan barangan harian anda juga amatlah penting bagi membantu mengurangkan penyebaran virus Covid-19. Selamat mencuba dan amalkan gaya hidup sihat!