Azrina Rusni Diterbitkan 26 October 2020

Kesilapan Kita Bila Bercakap Tentang Masa Depan

Kesilapan Kita Bila Bercakap Tentang Masa Depan

Tiada yang salah dalam merancang masa depan. Bayangkan 5, 10 tahun akan datang, bagaimana kehidupan yang kita mahukan, situasi bagaimana kita mahu duduk? Masa lalu, kita tiada kuasa untuk ubah, tapi masa depan, semua tindakan dan pilihan kita hari ini memainkan peranan penting.

The Scientist Magazine

Cuma dalam merancang masa depan, kita kena berhati-hati dengan mindset kita sebab mindset yang yang baik akan tarik benda-benda baik juga ke dalam hidup kita. Begitu juga sebaliknya, bila mindset kita negatif, benda negatiflah yang kita akan tarik.

Ubah mindset kita

Satu. Tiada itu ini pada umur sekian sekian, bererti kau gagal. Setiap kita ada jalan hidup yang berbeza, timing pun beza sebab yang terbaik ni bukan kerja kita, kerja Tuhan. Kita mampu usaha, selebihnya ikut izin Dia, bila dan macam mana mahu diberi, dikurniakan kepada kita.

Dua. We need to figure out everything (aku tidak tahu macam mana mahu terang dalam bahasa melayu part ni) pada umur sekian sekian. Kalau tidak dapat figure out, kita dipandang gagal, tiada masa depan. Ingat, ini bukan mindset yang baik.

Sekali lagi, setiap orang ada jalan, masa, masing-masing. Tidak semestinya umur begini, kena ada begini. Impian? Ada orang start umur 30-40 tahun baru jumpa apa mereka mahu buat. Kita mampu usaha ja, selebihnya kerja Tuhan.

Dan usaha tu, tidak perlu pun kena ‘validate’ oleh manusia lain. Kita perlu ingatan, nasihat, tapi untuk judge orang tiada masa depan? Itu bukan hak kita. Serius. Aku sedar benda ni lepas bercakap dengan seorang kawan pasal impian dan masa depan. Syukur keluar topik ni dan aku sedar silap aku, sekaligus aku boleh ubah.

Hidup ni bukan untuk berlumba-lumba ada, memiliki itu ini, tapi berlumba untuk buat sebanyak mungkin kebaikan. Kebaikan tu pula luas maknanya, bukan setakat apa yang kita ada, tapi apa manfaat yang kita dapat bagi kepada sekeliling. Kita terbiasa, terikut dengan orang sekeliling, sampaikan kita rasa ketinggalan bila tiada itu ini, pada masa tertentu.

EyeEm

Sebelum ni, kita mungkin tidak dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan besar atau kita pernah gagal dalam bisnes, apa-apa bidang kita pernah cuba, janganlah rasa seluruh hidup kita sudah berakhir. Aku bukan galakkan kita abaikan pelajaran sebagainya, tapi bila cakap pasal usaha, cuba dulu buat sehabis baik, jika hasilnya masih sama, mungkin ada yang perlu kita ubah, perbaiki. Jangan putus asa untuk terus usaha.

Senior aku pernah kongsi yang usaha sehabis baik ni beza dengan usaha main-main. Lepas usaha sehabis baik, kita akan rasa kepuasan berusaha, tenang, tidak takut dengan hasil usaha tu. Kalau kita masih ragu-ragu, takut-takut dengan hasil, mungkin ada yang kurang pada usaha kita.

Ingat, lepas usaha sungguh-sungguh, belajar untuk berserah kepada Tuhan sungguh-sungguh juga. Sebab hasil tu kerja Dia. InshaAllah.