Grand Margherita Sarawak Tawar Pakej Bekerja Di Hotel – Berharga RM30 Seorang

Kehidupan bekerja di rumah mungkin kelihatan seperti fantasi dan dilihat lebih mudah berbanding di pejabat. Namun, hakikatnya tidak. Pastinya ia lebih mencabar dan memerlukan anda untuk bertindak lebih proaktif dan kreatif bagi memenuhi kehendak dan keperluan majikan.

Berada di rumah untuk tempoh masa yang lama juga boleh dikatakan agak membebankan selain menjadikan idea anda lebih terhad.

Selari dengan arahan daripada kerajaan Malaysia yang menyarankan kebanyakan pekerja untuk bekerja dari rumah, Grand Margherita Hotel oleh Hemisphere menawarkan pakej menarik yang bagi anda yang menginginkan suasana yang baru untuk bekerja.

Apa yang menarik mengenai tawaran pakej ini, anda boleh mendapatkan aliran air tanpa had sama ada kopi, teh atau minuman berkarbonat, tempat letak kenderaan percuma dan juga kredit makanan bernilai RM10 untuk ditebus di Orchird Garden Coffe House. Semuanya hanya berharga RM30 seorang.

Bagi anda yang berminat, Pakej Work-From-Hotel ini sah sehingga 31 Mac 2021. Jangan lepaskan peluang anda untuk menempah tempat di Grand Margherita Hotel!