Amalkan Peraturan 5/5 – Elak Bersedih Terlalu Lama
Kesedihan adalah keadaan emosi yang dicirikan oleh perasaan tidak senang dan emosi pada paras yang rendah. Ia dianggap sebagai salah satu emosi asas manusia. Ini adalah tindak balas biasa terhadap situasi yang menjengkelkan, menyakitkan atau mengecewakan.
Namun, tahukah anda bahawa anda tidak sepatutnya menghabiskan masa anda untuk bersedih untuk masa yang lama. Jadi, bagi mengelakkan masalah pada hari ini terbawa sehingga ke hari esok, maka terapkan Rules 5 by 5 dalam diri anda.
Apa yang dimaksudkan Rules 5 by 5? Ia juga dikenali sebagai Peraturan 5/5 yang merujuk kepada individu tidak boleh menghabiskan masa lebih dari lima minit untuk membimbangkan sesuatu yang tidak akan menjadi masalah dalam lima tahun.
Secara ringkasnya, petikan ini menyatakan dan menyarankan anda untuk berhenti membimbangkan perkara kecil.
Tidak dinafikan, setia manusia lebih-lebih lagi wanita mempunyai turun dan naik di dalam mengurus emosi. Kita sangat mudah untuk berasa sedih dan putus harapan apabila berlaku sesuatu di luar kawalan.
Sebagai contoh, anda mungkin telah melakukan yang terbaik dalam melaksanakan sesuatu perkara, tetapi kemudian pulang ke rumah anda mendapati semuanya tidak berakhir dengan apa yang anda kehendaki. Atau mungkin juga anda telah berusaha untuk kekal positif pada awal pagi, namun tiba-tiba hadir perkara-perkara yang membuat anda sedih.
Semakin kita membincangkan masalah semakin besar masalahnya
Cuba anda bertanya kepada diri. Sampai bila anda harus memikirkan masalah ini? Adakah anda ingin menjadikan masalah ini sebagai penghalang untuk memperbaiki diri anda? Pasti jawapannya adalah, “Saya harus memikirkan masalah ini” atau pun “Saya tak fikir, ia yang hadir di dalam kepala”.
Mengapa Peraturan 5/5?
Sudah tentu akan ada masalah dan tragedi yang lebih besar yang tidak dapat kita lupakan dalam masa lima minit. Namun, jika anda mengurangkan masalah dengan berhenti berfikir perkara-perkara kecil, mungkin ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kepala anda.
Peraturan 5/5 adalah pendekatan serampang dua mata. Ia tidak hanya tertumpu kepada masalah, malah ia juga membuka sisi lain untuk anda dekati perkara sebenarnya yang sedang dihadapi.
Sekiranya anda tertekan dengan masalah di rumah atau di tempat kerja, letakkan topi dengan perspektif lain pada ruang emosi yang anda berikan. Bukan itu sahaja, dengan berfikir jangka panjang juga dapat memudahkan anda meletakkan pengalaman dalam konteks dan memberi diri anda jarak yang sangat diperlukan dari masalah yang sedang dihadapi.
Bukan itu sahaja, peraturan 5/5 juga berfungsi dengan membiarkan anda meluangkan masa beberapa minit untuk benar-benar merasakan perasaan anda. Luangkan masa sehingga lima minit untuk memproses apa yang anda rasakan dan mengapa anda perlu mengurangkan perasaan buruk itu.
Kelebihan Peraturan 5/5
Sebagai contoh, anda melakukan kesilapan sewaktu melakukan perbentangan projek yang mana ia menyebabkan projek anda tidak berjalan dengan lancar dan seterusnya dimarahi oleh rakan kumpulan yang lain.
Apabila anda menghadapi situasi negatif sebegini, elakkan daripada bersedih lama akibat kesilapan yang telah berlaku dan melayan situasi negatif ini seolah-olah itu bukan masalah saya.
Saya tersilap meletakkan angka dalam kira-kira perbelanjaan untuk projek. Daripada menangis dan mengeluh, saya memperbaikinya dan menelefon bahagian akauntan syarikat tentang pertukaran angka yang sepatutnya. Atau, saya boleh berurusan dengan pemborong untuk cuba mengurangkan kos yang lain bagi menjimatkan perbelanjaan.
Ask yourself if what you’re worried about will matter in five years. If the answer is yes, carry on. But if the answer is no, give yourself five minutes to fret, then move on.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.