Azrina Rusni Diterbitkan 28 October 2020

Soalan ‘Hot’ Berkaitan Kad Medikal

Soalan ‘Hot’ Berkaitan Kad Medikal

Pernah dengar atau sudah ada polisi takaful kad medikal? sudah ada syukur, pernah dengar belum dapatkan lagi? Jangan tangguh tau. Kalau belum ada, belum pernah dengar, kali ni aku kongsikan antara soalan ‘hot’ orang selalu tanya tentang kad medikal.

IStock Image

Q1: Apa itu kad medikal?

Konsep asasnya, kad medikal adalah untuk kad dengan peruntukan kewangan khas bantu kita kurangkan beban kewangan apabila sakit, untuk dapatkan rawatan yang selesa dan cepat. Selain itu, kita juga ada pilihan untuk ke fasiliti kerajaan atau swasta untuk mendapatkan rawatan bagi sakit yang dihadapi. Terdapat banyak pakej perubatan yang ada bergantung dengan bajet, jantina, umur, pekerjaan dan status kesihatan, dengan faktor ni, harga untuk setiap individu berbeza.

Q2: Apa pelan medical terbaik untuk saya?

The Conversation

Jawapan aku, pelan terbaik adalah pelan yang sumbangan atau premiumnya dijaga, tidak lapse atau mati dan menurut kemampuan kita sebagai pelanggan.

Pelan terbaik juga pelan yang kita ambil seawal yang boleh. Memandangkan kita tidak tahu bila sakit atau kemalangan boleh jadi, buat persediaan tu lagi baik.

Bila mohon lewat, umur sudah 30 ke atas, potensi untuk ada sakit tu sangat tinggi. Yang jadi isu disini ialah tempoh menunggu 120 hari atau 4 bulan, atau tempoh siasatan dalam usia polisi 2 tahun ke bawah. Takut-takut tidak dilindungi, klaim kena tolak. Jadi masalah pula tu kan? Sebab tu mohonlah awal.

Q3: Sakit sedia ada cover?

Image of Pediatric Partners of Agusta

Tidak. Kita kena faham, takaful ni perkongsian risiko. Bila kita sakit baru mahu mohon kad medikal, analoginya sama seperti kita berkongsi beli makanan dengan rakan serumah, ada seorang tidak mahu keluarkan duit sebab rasa rugi. Tahu-tahu bila masa makan, dia makan sekali, sakit hati tidak?

Tu kongsi makanan, takaful ni ramai pemegang polisindan berjuta-juta sumbangan dalam tabung tabarru’ sudah terkumpul. Bila kita klaim ikut suka hati, seolah-olah kita menggunakan hak orang lain juga. Ada cikgu aku, lepas 8 tahun ada kad medikal, baru guna. Bukan rasa rugi, tapi patutnya kita bersyukur 8 tahun tu kita masih sihat walafiat.

Tempoh-tempoh yang ada dalam kad medikal, takaful ni, bukan sengaja dibuat. Sebelum ada tempoh ni, orang sakit pun senang-senang mohon kad medikal, buat klaim sesuka hati. Tidak adil kepada peserta fakaful, juga kepada syarikat. Kalah badan kebajikan sudah takaful ni.

Sebab tu Bank Negara Malaysia perkenalkan tempoh-tempoh ni, supaya dapat jaga kesejahteraan dan kebajikan syarikat pengendali dan juga para pemegang polisi takaful.

Selain ditolak mentah-mentah, boleh jadi dapat pengecualian, yang mana, sakit sedia ada dikecualikan daripada perlindungan. Biasanya kalau kes begini untuk sakit yang tidak bawa mudarat berpanjangan.

Q4: Sumbangan takaful ni ada kenaikan?

Wikipedia

Jawapanya, ada. Satu sebab inflasi perubatan. Ini sebab paling umum. Teknologi perubatan, kepakaran staff perubatan, ubatan, rawatan, semua semakin bertambah baik dari semasa ke semasa, menyebabkan kos perubatan pun akan naik. Kalau tetap sama juga, tidak tertanggunglah kos perubatan.

Sebab kedua adalah human behavior atau perangai manusia. Dulu, orang tua kita kebanyakannya tidak ambil kisah pun kalau setakat sakit biasa, demam sikit, makan ubat, rehat. Begitu sudah cukup.

Zaman kita, semakin ramai celik, semakin ramai takut sakit akan bertambah teruk, jadi makin ramai suka rujuk doktor bila sakit. Tambah lagi ada kad medikal, mesti la kita akan manfaatkan, betul tidak?

Bila klaim semakin tinggi, tabungan takaful pun akan semakin berkurangan, untuk tambah baik tabungan sesuai dengan keperluan, kos insuran takaful pun perlu dinaikkan.

Inilah dia antara 4 soalan umum kita biasa dengar bila sebut pasal kad medikal. Moga kita semua lebih cakna untuk dapatkan perlindungan nyawa dan kesihatan. Kan kesihatan ni antara aset kehidupan yang mahal?