Amazin ‘Graze Hadir Dengan Tiga Perisa Edisi Terhad Untuk Koleksi Percutian Nut Butter Variety Box
Baru-baru ini Amazin ‘Graze telah melancarkan Koleksi Percutian 2020, yang menampilkan perisa edisi terhad dan juga barangan yang direka oleh artis Malaysia MayLii Koo dari A Liittle Lamp.
Menerusi pelancaran ini, jenama ini dilihat telah mengeluarkan set kota k terbaru iaitu Festive Nut Butter Variety Box yang menampilkan butir kacang klasik dan butter kacang semulajadi yang baru membawakan tiga rasa baharu iaitu Cherry Peppermint Brownie Chips, White Chocolate Cranberry Granola serta Chocolate-coated Almonds and Strawberries yang sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga.

Untuk pakej Cherry Peppermint Brownie Chips, ia menampilkan ceri, peppermint, biji cranberry dan serat kelapa yang dipenuhi serat pada lapisan coklat gelap.
Sementara White Chocolate Cranberry Granola pula membawakan gandum gulung tradisional, madu dan biji cranberry yang turut ditambah dengan perasa oren segar dan kayu manis. Bukan itu sahaja, ia dibulatkan dengan sempurna dengan biji koko, kacang pecan dan krim gajus.

Kedua-dua produk ini mempunyai makanan super yang pertama ada di pasaran Malaysia. Pemilihan biji cranberry sebagai salah satu bahan adalah keran ia kaya dengan nutrien fitokimia fenolik yang dikenali sebagai antioksidan yang berkesan dalam menyihatkan jantung selainmengandungi sifat antibakteria yang dapat membantu mencegah jangkitan saluran kencing (UTI).
Bagi yang berminat, Koleksi Percutian Amazin ‘Graze 2020 ini boleh mula didapati secara atas-talian di laman rasmi Amazin ‘Graze dan juga kedai fizikal terpilih. The Merry Gift Box dijual pada harga RM45.90, The Festive Granola Box pada harga RM39.90 dan Festive Nut Butter Variety Box pada harga RM42.90.