Adakah Cara Memotong Bawang Putih Memberikan Kesan Kepada Rasanya?
Sekiranya anda ingin menambahkan lebih banyak rasa dan aroma pada hidangan anda, sudah tentu dengan menambah bawang putih dalam ramuan akan mengubah segalanya.
Bawang putih boleh dikatakan sangat popular dalam resepi masakan di seluruh dunia. Tidak hanya di Asia, malah ia juga sangat sinonim dengan masakan barat seperi pasta, pizza dan banyak lagi. Maka, tidak hairanlah mengapa bawang putih merupakan elemen yang sangat penting dalam memastikan keenakan masakana anda.
Namun, tahukah anda bahawa bawang putih akan menghasilkan rasa yang berbeza bergantung kepada cara pengendalian anda.
Sebagai contoh, apabila bawang putih dihancurkan atau ditumbuk, asid amino yang mengandung sulfur bernama alliin bertindak balas dengan enzim alliinase. Apabila ini berlaku, alliinase ditukar menjadi allicin yang akan menghasilkan rasa bawang putih yang berbau harum dan kuat.
Bagaimana Untuk Mengetahui Sama Ada Bawang Putih Tersebut Perlu Dicincang Atau Dihiris Atau Ditumbuk?
Seperti yang anda ketahui, bawang putih secara amnya menyumbang kepada rasa yang lebih manis untuk makanan.
Jadi, dengan mencincang atau memotong kepada saiz yang lebih kecil, ia akan menghasilkan rasa kuat apabila dicampurkan ke dalam hidangan anda.
Sementara jika bawang putih direbus dan dipanggang pula menghasilkan rasa ringan dan manis.
Namun, apabila ia disediakan secara mentah, bau dan rasanya adalah lebih kuat dan sedikit pedas.
Manakala serbuk bawang putih pula, ia sangat sesuai digunakan untuk kerak pizza, roti bawang putih, sos dan juga sapuan untuk BBQ.
Kesan Bawang Putih Untuk Kesihatan
Bawang putih telah digunakan dalam perubatan herba selama berabad-abad kerana manfaatnya pada kesihatan pada tubuh.
Sebatian alliin dan allicin mengandungi sifat anti-oksidan, anti-bakteria, anti-radang dan meningkatkan sistem kekebalan pada tubuh.
Berdasarkan tinjuan dan kajian yang dilakukan pada haiwan, bawang putih mampu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pertumbuhan sel tumor atau melancarkan sistem saluran darah.
Namun, apabila dilakukan pada manusia yang menghidap penyakit diabetes jenis 2, ia mendapati bahawa suplemen ekstrak bawang putihtidak mempengaruhi fungsi saluran darah atau tindak balas insulin. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mendatangkan masalah gastrointestinal dan juga meningkatkan risiko pendarahan.
Sumber: HKP