Carian
Cindertoella – Jenama Aksesori Perhiasan Wanita Dari Malaysia
October 28, 2020 Lina Rosli

Cindertoella – Jenama Aksesori Perhiasan Wanita Dari Malaysia

Cindertoella adalah jenama barang kemas dan juga aksesori perhiasan halus buatan Malaysia yang diasaskan oleh dua usahawan wanita Malaysia pada tahun 2018. Iamenawarkan barang kemas berkualiti premium dengan harga yang berpatutan selain memfokuskan untuk wanita moden yang mementingkan penampilan seharian.

Pengasas utama Cindertoella iaitu JW menampilkan keindahan barang kemas menerusi inspirasi dari perjalanannya ke seluruh dunia. Beliau mencari dan mendapatkan idea-idea untuk bentuk perhiasan dan kemudiannya dijadikan potongan-potongan yang unik dan moden untuk produk mereka.

Untuk kempen terbaru dari Cindertoella, jenama ini memfokuskan kepada Self Love. Kempen ini didedikasikan untuk membantu wanita meningkatkan harga diri dan keyakinan mereka serta mendorong mereka untuk mencintai diri sendiri dan menghargai siapa mereka sebenarnya tanpa rasa takut.

Bersempena dengan kempen barunya, Cindertoella baru-baru ini melancarkan beberapa koleksi cincin, gelang dan banyak lagi. Ia menampilkan emas 18k dan dilapiskan Silver 925 yang hypoallergenic dan sesuai untuk dipakai setiap hari. 

Bagi anda yang meminati aksesori seperti subang telinga (earrings), ia boleh didapati pada harga serendah RM28 sepasang. Sementara cincin Sterling Silver 925 pula boleh dibeli pada harga bermula RM89.

Layari: Cindertoella

Bagi anda yang berminat, ia boleh didapati menerusi laman rasmi Cindertoella dan juga kedai fizikal di Robinsons The Gardens, Robinsons Kuala Lumpur, Lifestyle Mano Plus Penang, Mano Plus GMBB dan juga Chateau at The Linc KL. 

Komen