3 Tips Untuk Mereka Yang Ada Masalah Duit Cepat Habis
Sebelum gaji masuk, kepala sudah serabut fikir itu ini kena bayar, komitmen banyak. Masuk gaji, terasa kejap betul ada di tangan, belum tengah bulan, eh kering pula dompet. Siapa ada masalah tidak tahu duit habis ke mana setiap bulan, sentiasa rasa bajet ketat, perkongsian ini untuk korang.

Sejak zaman belajar lagi, aku sendiri ada masalah begini. Duit sama ada daripada ibubapa atau duit dari bisnes, sekejap betul rasa gembira, esok-esok lesap, tapi tidak nampak pun dekat mana duit tu mengalir. Jadi tips kali ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.
T1: Catat Aliran Keluar Masuk Duit

Kita ada pilihan sama ada beli buku nota kecil yang muat seluk dalam beg tangan atau gunakan aplikasi catatat kewangan harian seperti Daily Pay, Money Manager yang tersedia untuk Android dan IOS. Serius sangat mudah untuk digunakan.
Set kategori dalam aplikasi dan mula catat setiap aliran keluar masuk duit, apa benda yang kita beli. Lepas sebulan, buka aplikasi dan kira berdasarkan kategori yang kita set. Dengan cara ni, kita dapat tahu dekat mana duit kita dihabiskan.
T2: Bezakan Keperluan dan Kehendak

Contoh aku suka kopi atau air manis, aku set satu kategori khas untuk kopi/minuman manis. Lain orang, lain pula benda yang dia suka beli, belanja. Contoh lain seperti berbelanja di atas talian, boleh set kategori khas Shopee Lazada atau suka makan di luar mungkin? Set satu kategori khas untuk benda yang kita suka.
Akhir bulan kita akan nampak berapa banyak kita berbelanja dekat hobi atau benda yang kita suka dan tanya soalan ni pada diri sendiri sambil tengok jumlah yang dibelanjakan,
Adakah benda ni betul-betul buat aku gembira, buat aku rasa puas, atau aku rasa rugi buang duit banyak untuk ini?
Kalau kita rasa rugi duit, rasa baik tidak payah beli, maksudnya benda tu cuma bagi kita gembira dan puas sementara waktu, dan benda yang kita gembira untuk jangka masa pendek sebenarnya adalah kehendak. Jadi, hadkan perbelanjaan kita disitu.
T3: Simpan Dulu, Baru Belanja

Bina sikap ni mula sekarang. Abaikan macam mana kita sebelumnya. Mulai hari ini, simpan dahulu, baru belanjakan selebihnya.
Dari kecil, kita dibiasakan dengan tabiat bila ibubapa bagi duit poket, belanja dulu untuk makan, nanti baki duit simpan dalam tabung. Silap. Sebab kita akan fokus dekat benda pertama yang disebut dahulu iaitu BELANJA. Sikit atau banyak duit yang kita ada, kita tetap akan fokus belanja dulu. No
Jadi bina mindset atau disiplin untuk simpan dahulu. Sediakan amaun tetap setiap bulan untuk simpanan dan asingkan terus. Awal-awal tu memanglah payah, tapi jadikan tabiat, buat selalu, lama-lama kita akan terbiasa.
Okay cukup dulu 3 tips untuk kali ni. Mulakan dengan 3 perkara asas ni dulu, bina tabiat baru perlahan-lahan. Masih belum terlambat untuk kawal perbelanjaan bulanan kita, sekaligus kawal kewangan kita keseluruhannya. Selamat mencuba!