5 Hotel Yang Menawarkan Pakej Bekerja Dari Hotel – Harga Serendah RM19

Sebelum ini, Tajria pernah perkongsi kepada anda beberapa hotel yang menawarkan servis ini. Jadi kali ini, Tajria kembali lagi dengan senarai hotel lain yang menawarkan bilik untuk melaksanakan Bekerja dari hotel atau Work-From-Hotel serendah RM19 seorang.

Royale Chulan Hotels & Resort Malaysia

Bagi anda yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, anda pasti akan tertarik dengan tawaran menarik dari Royale Chulan ini.

Antara yang disediakan termasuk aliran air tanpa had untuk kopi dan teh atau minuman dan juga set makan tengahari untuk seorang.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan lain seperti tempat letak kenderaan dan juga sokongan rangkaian WiFi secara percuma menerusi pakej ini.

Bagi anda yang berminat, anda mula mendapatkan meja untuk di Royale Chulan pada harga bermula RM49 yang mana dibuka pada jam 7.00 pagi sehingga 10 malam.

Holiday Inn Express

Terletak di Pusat Bandar Kuala Lumpur, hotel ini menyajikan anda servis bekerja dari hotel.

Untuk setiap pakej, anda boleh mendapatkan sambungan WiFi percuma, tempat letak parking percuma dan jugan penggunaan fasiliti hotel yang lain secara percuma pada harga hanya RM85 seorang.

yang disediakan termasuk aliran air tanpa had untuk kopi dan teh atau minuman dan juga set makan tengahari untuk seorang.

The Chow Kit Orchard

Dengan harga RM30 seorang, anda boleh memilih tempat duduk di The Chow Kit Kitchen & Bar dan menikmati kopi barista aliran percuma dengan potongan harga sebanyak 30 peratus menerusi pakej Work From Hotel. 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan bilik hotel dengan potongan 30 peratus untuk penginapan 1 malam.

Pakej Work From Hotel ini sah sehingga 30 November 2020 dari jam 9 pagi hingga 7 malam setiap hari bekerja.

Untuk Maklumat Lanjut : The Chow Kit Orchard

Oyo Hotels & Homes

Tidak ketinggalan, OYO Hotels dan Homes juga menawarkan servis Work From An OYO. Bagi anda yang berminat, anda boleh mencari hotel dan rumah OYO yang berdekatan pada harga bermula RM19.

Image

Grand Darulmakmur Hotel Kuantan

Tidak ketinggalan juga, Grand Darulmakmur Hotel turut menyediakan pakej bilik istimewa dengan hanya berharga RM99 sahaja.

Apa yang boleh anda dapatkan? Ia termasuk aliran air untuk kopi dan teh tanpa had, sambungan WiFi dan tempat letak kereta secara percuma serta diskaun sehingga 20 peratus untuk pesanan servis bilik.

Menarik bukan? Jadi rebut peluang dan mula menempah tempat untuk WFH anda di hotel pilihan anda bermula hari ini! Selamat mencuba:)