Acara Buku Big Bad Wold Kembali Menerusi Platform Atas Talian – Bermula 4 November Ini

Bagi anda yang meminati atau berminat dengan buku, maka jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai acara Jualan Buku Terbesar di Dunia, Penjualan Buku Big Bad Wolf pada 4 November ini.

Pada acara kali, ia menampilkan platform e-dagang terbaru yang membenarkan sesi pembelian dilakukan secara atas-talian bermula 4 hingga 11 November 2020.

Ia membawakan lebih dari 20 juta buku dan lebih dari 40,000 judul buku yang boleh anda dapatkan termasuk judul buku terlaris, novel, fiksyen ilmiah, percintaan, sastera, novel grafik, buku perniagaan, motivasi, buku seni bina, buku masakan, dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan bagi ibu bapa yang ingin membelikan anak-anak buku sempena cuti sekolah yang bakal tiba kelak, Big Bad Wolf turut menawarkan pelbagai pilihan buku cerita, buku aktiviti, buku mewarna, buku bergambar dan buku interaktif untuk memastikan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan selesa di rumah.

Selain pilihan buku yang banyak, pembeli Malaysia dapat menikmati buku berkualiti pada harga yang rendah. Diskaun yang ditawarkan mencapai sehingga 90 peratus daripada harga runcit yang disyorkan.

Pengguna juga boleh menikmati penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia dengan pesanan melebihi RM180, serta potongan harga sebanyak RM5 dengan pembelian minimum RM80. Bukan itu sahaja, diskaun 10 peratus turut diberikan dengan pembelian minimum RM300. Bagi pembaca di timur Malaysia juga akan menikmati potongan 30 peraturan dari kos penghantaran tanpa perbelanjaan minimum.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Big Bad Wolf atau ikuti perkembangan di laman Facebook atau laman Instagram mereka.