3 Langkah Pengurusan Belanja Bulanan – Khusus Untuk Golongan Baru Berkahwin
Sebilangan besar individu pasti sudah memahami asas pengurusan kewangan. Dan anda biasanya akan mengurangkan atau menolak seberapa banyak perbelanjaan dan komitmen yang anda perlukan setiap bulan kemudian simpan selebihnya.
Namun, bagi anda yang mungkin baru mula bekerja atau baru memasuki alam perkahwinan, pasti anda mengalami kesukaran untuk mengimbangin belanja dan simpanan anda setiap bulan.
Tanpa rancangan, wang kadang-kadang boleh menjadi sumber konflik dalam perkahwinan. Perbelanjaan yang tidak efisien pasti akan memberikan kesan yang mendalam terhadap banyak komitmen lain – dari bil utiliti bulanan hinggalah simpanan untuk hal kecemasan.
Oleh itu, Tajria hari ini ingin membantu anda mengurus dan mengira anggaran perbelanjaan bulanan untuk rumah bagi menjadikan hidup anda lebih baik hari ini.
Tuliskan Semua Sumber Kewangan Anda Dan Pasangan
Anda perlu tahu di mana wang anda: wang yang anda dan pasangan anda jana atau hasilkan, wang yang anda belanjakan, wang yang anda berhutang. Dari mana ia datang? Ke mana ia pergi? Ini mungkin kelihatan seperti soalan yang sangat mudah, tetapi kebanyakan daripada kita tidak menjawabnya dengan jelas atau tidak secara eksplisit.
Luangkan sedikit masa untuk duduk dan mencatatkan pendapatan, perbelanjaan, hutang, dan sebagainya. Setelah anda mempunyai maklumat tersebut, anda boleh membuat rancangan kewangan yang sesuai untuk keluarga anda.
Letakkan Matlamat Kewangan
Tuliskan matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang anda. Ini termasuk perkara seperti:
- Pembelian atau pengubahsuaian rumah
- Simpanan untuk perbelanjaan anak
- Pendidikan (kolej, sekolah atau tuusyen)
- Simpanan kecemasan (kereta, rumah, kesihatan dan lain-lain)
- Belanja bulanan rumah
Untuk setiap, anda juga perlu menggali lebih mendalam dan lebih teliti. Sebagai contoh, untuk pendidikan apa yang anda akan rancangkan? Bila anda mula lakukan? Atau berapa kos keseluruhan?
Menggariskan dan mengutamakan matlamat kewangan bersama sedikit sebanyak membantu anda menyediakan kerangka kerja untuk perbelanjaan dan simpanan sekaligus mengetahui pendapat pasangan anda mengenai masa depan. Hal ini kerana ia mungkin berbeza, jadi anda boleh mula membincangkan bagaimana untuk mengurusnya pada masa hadapan.
Jadi apabila sudah tahu dari mana sumber wang anda dan apa matlamat untuk keluarga anda, maka dengan ini akan menjadi lebih mudah untuk menganggarkan perbelanjaan bulanan untuk rumah anda.
Contoh senarai perbelanjaan bulanan termasuk:
- Rumah: Bil sewa atau loan rumah
- Makanan: Belanja dapur atau makan di luar
- Utiliti: Elektrik, air, telefon, internet
- Kesihatan: Insurans kesihatan, gim
- Pendidikan: Perbelanjaan kuliah, tuisyen, buku, belanja harian
- Hiburan: Netflix, Spotify
- Hutang: Pinjaman pelajar, kad kredit, pembayaran kereta
- Pengangkutan: gas, insurans kereta, minyak, tayar, penyelenggaraan kereta am
Gunakan senarai perbelanjaan ini sebagai titik permulaan kerana perbelanjaan bulanan anda mungkin akan berbeza.
Cara membuat belanjawan untuk bulanan selepas berkahwin dalam 3 langkah mudah:
Siapa Bayar Untuk Itu Dan Ini?
Pertama, tuliskan semua yang perlu dibayar atau dibeli sepanjang bulan mengikut urutan kepentingan (perbelanjaan bulanan anda.)
Kedua, pastikan anda memasukkan semua yang anda berdua perlukan selama sebulan. Jangan lupa untuk menambahkan penjimatan pada bahagian ini, kerana simpanan cenderung menjadi hal yang paling akhir bagi kebanyakan orang.
Sekiranya anda memutuskan untuk memiliki wang perbelanjaan peribadi, sediakannya secara tunai supaya anda tidak membelanjakannya secara berlebihan.
Ketiga, mempunyai aplikasi kewangan dapat membantu anda membuat anggaran atau bajet dengan lebih jelas. Melaluinya, anda berdua dapat melihat di mana anda berada sepanjang bulan ini.
Selain itu, ia juga bertindak sebagai bukti hitam putih dan mudah untuk membuat perbandingan belanja setiap bulan.
__________________________________
Berikut adalah panduan pengurusan kewangan yang boleh anda cuba praktikkan. Lebih-lebih lagi untuk anda yang baru bekerluaga. Semoga ia memberi manfaat untuk anda dan pasangan. Selamat mencuba!