Carian
Jom Cuba Resepi Asam Pedas Ayam – Siap Dalam Masa 20 Minit
November 1, 2020 Lina Rosli

Jom Cuba Resepi Asam Pedas Ayam – Siap Dalam Masa 20 Minit

Saya pasti ada sudah biasa dengan ikan masak asam pedas. Ada yang menggunakan kepala ikan merah, ikan pari dan ada juga yang gemar asam pedas ikan kembung.

Tapi, sebenarnya anda juga boleh menukar ikan kepada ayam yang mana rasanya lebih enak dan tidak hanyir. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaan mudah untuk hidangan Asam Pedas Ayam Ala Johor.

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1-inci kunyit hidup
  • 1/2-inci halia
  • sedikit belacan/udang kering
  • daun kesum
  • air asam jawa
  • garam

Bahan lain:

  • 15-20 tangkai cili kering (direbus)
  • 4-5 ketul ayam

Cara Penyediaan:

  1. Kisar sehingga hancur bawang besar, bawang putih, kunyit, halia, belacan dan cili kering bersama sedikit air.
  2. Panaskan minyak di dalam mangkuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga masak.
  3. Kemudian, masukkan air asam jawa.
  4. Pastikan cili sudah hilang bau, kemudian masukkan sedikit air mengikut tahap kepekatan yang anda mahu. Kebiasaannya penulis akan meletak sekitar satu mangkuk air.
  5. Setelah mendidih, masukkan ayam dan biarkan ia reneh untuk 5 minit.
  6. Kemudian masukkan daun kesum, garam dan ajinomoto secukup rasa.
  7. Pada api yang perlahan, biarkan sekejap hingga kuah asam pedas cukup masak.
  8. Anda juga boleh menambah tomato atau bendi di dalam asam pedas ayam anda. Selamat mencuba!
Komen