Carian
Tempah Makanan Sambil Kumpul Mata Ganjaran Bonuslink Di Klook – Diskaun Sehingga 89%
November 2, 2020 Lina Rosli

Tempah Makanan Sambil Kumpul Mata Ganjaran Bonuslink Di Klook – Diskaun Sehingga 89%

Sudah tidak tahu mahu masak apa di rumah? Atau mungkin anda teringin sesuatu yang luar biasa untuk hidangan makan malam anda? Namun, tidak mahu berbelanja lebih?

Kini, Klook menawarkan diskaun tempahan makanan sehingga 89 peratus untuk makanan yang anda gemari. Melaluinya, anda boleh mendapatkan variasi pilihan makanan di restoran mewah dan juga makanan di hotel terkemuka pada harga yang berbaloi.

Bersama-sama dengan diskaun yang ditawarkan, anda juga boleh mengumpul mata ganjaran Bonuslink untuk setiap transaksi yang anda lakukan. Setiap RM1 yang dibelanjakan, anda akan memperolehi 3 mata ganjaran untuk kad Bonuslink anda.

Antara hidangan yang boleh anda nikmati termasuk Old Town White Coffee, US Pizza, KGB Burgers, Semi Buffet Lunch dan Dinner di Atmosphere 360 KL Tower, Grand Hyatt dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menempah minuman kegemaran anda menerusi Klook pada harga yang berpatutan.

Bagi anda yang berminat, tawaran ini dibuka untuk tempahan makan di kedai dan juga anda boleh mendapatkan pilihan makanan yang boleh dihantar terus ke pintu rumah anda. Menarik bukan?

Jadi, apa tunggu lagi? Tempah makanan kegemaran anda di Klook dan kumpul mata ganjaran Bonuslink untuk ganjaran yang lebih lumayan. Selamat mencuba!

Layari: Laman rasmi Klook

 

Komen