Carian
Mengapa Tinggalkan Botol Air Di Dalam Kereta Adalah Berbahaya?
November 2, 2020 Lina Rosli

Mengapa Tinggalkan Botol Air Di Dalam Kereta Adalah Berbahaya?

Kadangkala apabila anda pergi berjalan atau memandu jarak yang jauh, anda sering menyediakan bekalan air sebagai langkah persediaan jika anda dahaga sewaktu berada di luar.

Ia sudah tentu satu perkara yang baik kerana ia bukan sahaja memudahkan anda mendapatkan air, malah ia juga mengurangkan kos perbelanjaan anda untuk membeli air di stesen minyak atau kedai serbaneka apabila dahaga.

Bottle, Holder, Car, Interior, Container, Liquid, Drink

Walau bagaimanapun, ada satu kesilapan yang sering kita lakukan mengenai botol air ini. Dan salah satunya adalah adalah meninggalkan botol air di dalam kereta panas. 

Mengapa Tidak Boleh Meninggalkan Botol Air Di Dalam Kereta Yang Panas?

Ketika cahaya matahari yang terang dan panas dipancarkan dan terkena botol berisi air, ia dapat meningkatkan keamatan cahaya matahari yang melaluinya sekaligus akan memicu permukaan yang mudah terbakar di dalam kereta anda. Sama ada di pelapis, kerusi kereta atau kertas serta bahan-bahan lain yang berada di kereta.

Melalui ujian yang dilakukan oleh Oklahoma’s Midwest City Fire Department, botol plastik yang berisi air akan bertindak sebagai kaca pembesar seakan cermin optik biasa. Apabila cahaya matahari terik terpancar terus pada botol plastik untuk satu tempoh yang lama boleh mengakibatkan kebakaran.

Selain itu, kajian mendapati pendedahan kepada haba yang melampau dapat meningkatkan jumlah bahan kimia berbahaya yang disebut bisphenol A (BPA) yang dilepaskan ke dalam air oleh plastik.

Adult female drinking water in convertible car in city

Jadi, bolehkah anda meminum lebihan air dalam botol air yang ditinggalkan lama di dalam kereta? Sudah tentu tidak. Botol air yang ditinggalkan dan disimpan di dalam kereta pada suhu 70 darjah Celsius mengandungi kimia sekaligus boleh membahayakan kesihatan. 

Oleh itu, anda tidak disarankan untuk meminum air yang telah disimpan lama di dalam kereta bagi mengelakkan daripada meminum air yang berkimia. Hal ini kerana, ikatan kimia dalam botol plastik akan dipindahkan ke dalam minuman yang dikandungnya

Apa Yang Boleh Anda Lakukan?

Walau bagaimanapun, anda masih boleh membawa botol air ke dalam kereta anda dengan selamat. Caranya adalah untuk memastikan cahaya matahari tidak bersentuhan dengannya. Atau anda juga boleh meletakkannya di bawah tempat duduk atau di dalam kotak yang tidak terkena cahaya matahari.

Sumber: National Geographic UK

Komen