#TAJDiy 5 Hiasan Bilik Tidur Yang Minimalis – Harga Di Bawah RM50
Kadangkala anda pasti ingin sesuatu yang baru untuk ruang bilik tidur anda. Hiasan yang lebih menarik, kemasan yang lebih moden dan minimal. Namun, terdapat kekangan yang mungkin menyukarkan anda untuk mendapatkan barangan yang ideal untuk bilik anda.
Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi kepada anda beberapa produk yang boleh anda dapatkan dalam lingkungan jumlah RM50.
Di bawah adalah contoh idea untuk bilik tidur yang moden dan minimalis.

Floating Shelves
Bagi anda yang memerlukan tempat untuk memaparkan buku, foto atau barang peribadi anda, sudah tentu rak dinding terapung atau floating shelves adalah jawapan yang terbaik.
Ia tidak mengambil banyak ruang untuk bilik yang kecil selain memberikan sedikit imej pada dinding bilik anda agar tidak kelihatan kosong.
Bagi yang berminat, anda boleh cuba mendapatkannya menerusi pautan di bawah.



Dried Flowers
Alasan mengapa dekorasi dalam bilik lebih sesuai menggunakan bunga kering adalah jika bunga segar, hiasan mesti disiapkan pada hari yang sama kerana mereka akan layu dan akhirnya mati.
Namun, apabila menggunakan bunga kering, ia telah melalui proses pengeringan, bunga akan tetap semula jadi dan akan kelihatan cantik sepanjang masa.
Bagi yang berminat, anda boleh cuba mendapatkannya menerusi pautan di bawah.


Bingkai Gambar
Bingkai gambar adalah produk yang menyerlahkan lagi hiasan dalam bilik. Anda boleh menggunakan bingkai untuk meletakkan gambar seperti lukisan atau gambar potret. Ia menjadikan paparan karya lebih minimal yang mana mempunyai ciri estetik yang tersendiri.
Bagi yang berminat, anda boleh cuba mendapatkannya menerusi pautan di bawah.

Cadar
Sekiranya bilik anda berwarna-warni dengan warna merah, ungu atau kuning, makan pertimbangkan untuk membeli warna cadar yang neutral seperti putih atau warna tanah.
Sekiranya bilik tidur anda sudah neutral dengan warna biru, putih atau kelabu, anda boleh memilih set helaian yang lebih cerah untuk mengimbangi warna yang lebih tenang di bilik anda.
Bagi yang berminat, anda boleh cuba mendapatkannya menerusi pautan di bawah.


Lilin
Lilin aromaterapi dapat membantu anda berehat, merasa tenang, bertenaga selain membantu minda anda berfungsi lebih produktif.
Untuk aroma lavender, ia membantu menenangkan fikiran dan menghilangkan tekanan. Manakala, lilin kayu putih memberi tenaga dan meningkatkan fokus.
Bagi yang berminat, anda boleh cuba mendapatkannya menerusi pautan di bawah.

______________________________________________________________
Berikut adalah beberapa barangan yang boleh anda dapatkan pada jumlah harga sekitar RM50 untuk lima jenis produk di atas.
Jika anda ada cadangan dan pilihan lain yang boleh dikongsikan kepada orang ramai, anda boleh tulis di Tajria dengan hanya mendaftar dan mula kongsikan. Selamat mencuba:)