Carian
SK-II Pitera Hadir Dengan Pembungkusan Edisi Khas ‘Street Art’ – Berharga RM759
November 3, 2020 Lina Rosli

SK-II Pitera Hadir Dengan Pembungkusan Edisi Khas ‘Street Art’ – Berharga RM759

Jenama SK-II dilihat sudah tidak asing lagi dalam kalangan kebanyakan wanita di Malaysia.

Baru-baru ini, SK-II kembali lagi dengan pelancaran SK-II PITERA Essence Street Art edisi terhad.

Sebelum itu, untuk mengupas sedikit mengenai essence, ia adalah cecair yang membantu menyuburkan pemukaan kulit anda. Bukan itu sahaja, ia mempunyai tekstur cecair yang lebih ringan dan kebiasaannya digunakan selepas menggunakan pembersih muka dan penyegar. 

Bercakap mengenai essence juga, Facial Treatment Essence dari SK-II ini merupakan salah satu produk mereka yang paling popular selain menerima banyak anugerah menerusinya.

Bagi anda berminat, setiap pembelian SK-II PITERA Essence Street Art edisi terhad ini dilengkapi dengan Furoshiki Edisi Terhad serta Facial Treatment Gentle Cleanser (20g), Facial Treatment Clear Lotion (30ml) dan R.N.A. Power Radical New Age Cream (15g).

Ia tersedia dalam tiga rekaan pembungkusan edisi terhad dengan pada harga sekitar RM759 di kedai fizikal Watson dan Guardian di seluruh negara atau di kedai atas-talian SK-II bermula hari ini.

Komen