Lina Rosli Diterbitkan 3 November 2020

Title…

Title…

Bermula 29 Oktober 2020 sehingga 1 November 2020, Sephora hadir dengan tawaran menarik yang bersempena kempen Halloween untuk semua pemilik Beauty Pass.

Tawaran menarik Beauty Pass Exclusive ini membawakan diskaun sehingga 40 peratus untuk barangan terpilih. Anda boleh mendapatkannya menerusi laman atas-talian Sephora menerusi kod baucar TREAT40.

Selain itu, anda juga boleh memperolehi hadiah untuk setiap pembelian minimum RM350 sama ada di kedai fizikal dan juga aplikasi atas-talian sehingga 31 Disember 2020. Untuk pembelian atas-talian, anda boleh menggunakan baucar MYHOLIDAY untuk mula menebus hadiah yang ditawarkan secara rawak.

Antara produk kecantikan dan barangan yang boleh anda dapatkan termasuk Anastasia Beverly Hills, Fenty Beauty, MAC, Becca, DIOR dan bermacam-macam lagi pada harga yang lebih rendah menerusi diskaun yang diberikan. Bagi mendapatkan diskaun yang menarik, dapatkan Beauty Pass bermula hari ini.

Jika anda belum lagi ahli kad Sephora Gold atau Black, ini adalah masa terbaik untuk menjadi salah seorang daripada ahli Sephora. Anda boleh mendaftar sama ada dalam talian atau di kedai.