Kenapa Ada Lubang Pada Permukaan Biskut?
Seperti yang anda tahu, terdapat pelbagai jenis bentuk dan tekstur biskut yang ada di pasaran. Ada yang berbentuk bulat, empat segi dan banyak lagi.
Pernahkah anda terfikir mengapa biskut mempunyai lubang di atasnya? Adakah lubang-lubang pada biskut adalah sekadar hiasan semata?
Bagaimanakah biskut dibuat?
Doh biskut disediakan menggunakan tepung, gula dan garam. Kemudian, ia digulung rata dalam kepingan. Lembaran-lembaran ini akan diletakkan di dalam mesin yang disebut “docker prickle hole” yang akan mencetak lubang di dalam adunan.
Untuk pengetahuan anda, lubang pada biskut dilakukan bagi mengurangkan wap keluar serta meminimumkan gelembung udara semasa proses memanggang.
Oleh sebab itu, apabila mencetak lubang pada biskut, ia. akan menghentikan gelembung ini dari mengembang dan pecah. Bukan itu sahaja, ia juga menghalang biskut daripada naik seperti roti atau pastri yang lain selain bertujuan untuk memastikan biskut tersebut lebih rapuh dan rata.
Kedudukan lubang pada biskut
Lubang-lubang biskut ini harus diletakkan dan disusun pada jarak yang sama. Jika tidak, biskut yang dibuat akan menjadi terlalu keras atau terlalu lembut.
Kedudukan lubang yang rapat juga akan menjadikan biskut lebih kering dan sukar dikunyah. Manakala, jika lubang akhirnya terlalu jauh pula akan menyebabkan biskut berderai.
Biskut pertama dicipta pada tahun 1792 oleh John Pearson, iaitu Pearson’s Pilot Bread.