Carian
DahMakan Kini Dikenali Sebagai PopMeals – Menawarkan Aneka Pilihan Makanan Tengahari
November 4, 2020 Lina Rosli

DahMakan Kini Dikenali Sebagai PopMeals – Menawarkan Aneka Pilihan Makanan Tengahari

Selepas beberapa tahun beroperasi sebagai DahMakan, syarikat ini dilihat telah menjenamakan semula jenama kepada PopMeals.

Penjenamaan ini dilihat dilakukan bertujuan untuk menjadi pusat sehenti atau hub untuk pengguna mendapatkan makanan.

Selari dengan penjenamaan baru ini juga, PopMeals mula menawarkan menu baharu untuk anda cuba. Antara yang ditawarkan termasuk Super Creamy Mac & Cheese, Nasi Lemak Rendang Ayam dan Tom Yum Fried Rice with Prawn and Chicken. Kesemua makanan ini boleh didapati pada harga bermula RM12.99.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan beberapa menu istimewa yang lain melalui laman rasmi PopMeals. Terdapat pelbagai pilihan hidangan lain seperti Chinese, Asian, Fusion, Desserts, Sides dan banyak lagi pada harga yang berbaloi.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan set sudu dan garpu edisi terhad pada harga RM23.90. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi PopMeals untuk ketahui lebih banyak tawaran menarik yang disediakan.

Komen