Individu Ambil Masa 40 Minit Berfikir Untuk Makan – Ini 5 Aplikasi Memasak Yang Boleh Anda Guna
Percaya atau tidak, anda mengambil masa sekitar 40 minit hingga satu jam berfikir untuk makan. Berdasarkan SWNS Digital, waktu yang paling kerap individu terfikirkan mengenai makanan adalah sekitar waktu tengahari.
Bukan itu sahaja, kajian menyatakan yang mengalami gangguan makan lebih cenderung memikirkan makanan lebih kerap daripada orang biasa iaitu sekitar 15% dari hari mereka.
Jadi dengan adanya, aplikasi masakan di kedai talian Apple Apps Store dan Google Play Store, ia memudahkan anda untuk menjana idea dan cara penyediaan makanan untuk sesuatu hidangan.
Berikut adalah lima aplikasi yang boleh anda muat-turun untuk kemudahan memasak:
CookPad
Cookpad adalah aplikasi yang menghubungkan penggemar memasak yang suka untuk berkongsi resepi dan petua memasak. Ia menyajikan lebih dari 50 juta pengguna bulanan di pada sekitar tahun 2017.
Menarik mengenai aplikasi ini juga, ia hadir dengan cadangan makanan daripada pelbagai negara dan boleh diakses mengikut pilihan negara mengikut hidangan makanan yang anda gemari.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh berkongsi makanan yang telah anda cuba berdasarkan resepi yang anda praktikkan melalui CookSnap.

SideChef
SideChef adalah platform resepi yang membawakan panduan memasak dengan kerjasama bersama Amazon, Facebook, dan beberapa pengeluar dapur terkemuka.
Selain menawarkan aplikasi secara percuma, ia turut hadir dengan langganan bulanan sekitar menerusi SideChef Premium. Perkhidmatan ini akan menyajikan beratus-ratus resipi, petua, dan pengetahuan di belakang tabir masakan dari chef dan penggiat industri makanan yang terkenal

BigOven
BigOven adalah aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna menyediakan senarai runcit, mengakses dan mengimport resepi serta menganalisis tahap pemakanan resepi.
Bagi anda yang berminat untuk menggunakan BigOven, ia boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android.
Ia menyenaraikan lebih daripada 250,000 resepi, selain membantu anda menyediakan makanan berdasarkan barangan yang terdapat di dalam peti sejuk anda.

Epicurious
Aplikasi ini seperti sudah tidak asing lagi dalam kalangan penggemar makanan. Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini menawarkan lebih dari 35,000 pilihan makanan berserta resepi yang mudah untuk dicari berdasarkan katergori pilihan pengguna.
Antara ciri menarik yang ditawarkan termasuk kandungan mingguan serta video resepi daripada pelbagai jenis kategori, senarai beli-belah dan juga pemasa dapur pintar yang memudahkan anda untuk mengetahui masa penyediaan untuk sesuatu hidangan.

muat turun: iOS
Yummly
Yummly adalah laman web dan aplikasi yang membawakan cadangan resepi selain menawarkan carian berdasarkan ramuan, diet, alergi, pemakanan, harga, masakan dan sumber makanan.
Berbeza dengan aplikasi lain, ia juga hadir dengan ciri yang memfokuskan vegeterian yang enak dan lazat. Yummly boleh diakses melalui laman webnya, atau anda boleh memuat turunnya untuk peranti iOS dan Android.

Bagaimana Aplikasi Memasak Boleh Membantu Dalam Penyediaan Makanan?
Jika dahulunya, anda merancang untuk menyediakan hidangan makan malam yang formal untuk keluarga anda, sudah tentu dari tengahari lagi anda akan memikirkan dan merancang apa yang perlu dimasak.
Namun, dengan adanya aplikasi memasak ini, ia bukan sahaja memudahkan anda mendapatkan idea resepi, malah ia juga membantu anda menganggar masa yang diambil untuk menyediakan hidangan tersebut. Selamat mencuba!