Kenapa Ayam Goreng Di Kedai Lebih Sedap Dan Rangup Berbanding Masak Sendiri?

Jika anda perasan apabila makan ayam goreng di kedai lebih-lebih lagi di syarikat makanan segera seperti McDonalds, KFC dan Texas Chicken terasa lebih sedap dangan rangup jika dibandingkan kalau masak di rumah.

fried chicken on brown paper bag

Apabila dikaji semula ramuan dan rempah yang digunakan adalah sama. Namun, hasilnya tidak seperti jika anda mendapatkannya di restoran kegemaran anda.

Pernahkah anda terfikir mengapa berlaku sedemikian?

Kunci Utama, ‘Double Frying’

Menurut Dale Talde iaitu seorang chef di Talde, resepi rahsia untuk kerangupan dan kerapuhan seketul ayam goreng adalah double frying atau gorengan berganda.

Berdasarkan sains, kelembapan di bahagian tengah makanan berpindah ke permukaan setelah makanan sejuk dan permukaannya kembali lembab. Kemudian masukkan semula kelembapan itu pada goreng kedua.

Mengapa ayam lebih rangup apabila melakukan gorengan kedua? Disebabkan alur atau permukaan ayam yang lebih bergerigi atau menggerutu, minyak akan menolak masuk udara ke dalam salutan ayam goreng dan menjadikannya lebih kering dan rangup.

person cooking deep fried chicken close-up photo

Bagaimana double frying berfungsi?

Secara amnya, fungsi double frying adalah untuk menghilangkan dan menyerap kelembapan yang terdapat pada permukaan ayam.

Menurut ahli fizik di Universiti James Madison, sebaik sahaja makanan jatuh ke dalam minyak, ia akan berbunyi seakan mendesis akan mula memasak makanan anda. Teknik ini sebenarnya satu proses penyahhidratan yang akan menghilangkan air di permukaan makanan.

Jika di kedai, selepas gorengan yang pertama, ayam akan dibiarkan sejuk dan kembang seketika sebelum digoreng kali kedua. Ia bagi memastikan segala air di dalam ayam yelah keluar dan tersejat. 

Selain itu, serbuk penaik dan menguap wap air membantu menyedut kelembapan dengan baik untuk menghasilkan ayam yang lebih rangup.

brown cookies in white container

Bagaimana Untuk Melakukan Teknik Double Frying?

Untuk mula melakukan gorengan pertama, anda boleh memanaskan minyak pada suhu 177 dan 190 darjah celsius. Pada waktu ini ia akan memasak ayam sepenuhnya tanpa membakar lapisan luar. 

Apabila minyak terlalu panas, ia hanya memasak di bahagian luar sahaja. Jika ia tidak dipanaskan dengan baik, ia akan menyebabkan ayam masih mentah di bahagian sekaligus boleh memberi kesan kepada kesihatan.

Langkah seterusnya adalah meletakkan dan menyejukkan ayam di  luar sekurang-kurangnya 40 minit hingga 1 jam. 

Kemudian, anda boleh melakukan gorengan kedua pada suhu yang lebih tinggi sekitar 200 darjah celsius. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak memanaskannya terlalu lama dan hanya menggoreng sekitar satu atau dua minit sebelum makan.

Rahsia mengatasi masalah ini adalah menggoreng makanan anda dua kali. Paulson menggoreng kentangnya pada suhu 350 darjah selama beberapa minit. Kemudian dia membekukan mereka dan menggorengnya lagi.

Sumber: NPR