Tawaran 11.11 Hoolah – Diskaun 11 Peratus Untuk Lebih 100 Jenama Tempatan

Bersempena Single’s Day, hoolah minggu ini menawarkan diskaun sehingga 11 peratus kepada semua pengguna tanpa perbelanjaan minum di semua platform edagang yang menggunakannya termasuk DeLonghi, Solar Time, Melissa, 6IXTY8IGHT, XIXILI INTIMA dan Sonos.

Bukan itu sahaja, hoolah juga membawakan 11 hadiah cabutan bertuah bernilai RM500 setiap satu untuk meraikan festival membeli-belah mega ini. 

hoolah kini telah mencapai lebih 100 jenama yang menggunakannya di Malaysia. Ia merangkumi perkakas rumah, fesyen termasuk gaya jam tangan dan banyak lagi.

Jadi, jangan lepaskan peluang pada 11 November ini, pengguna yang membuat pembayaran melalui hoolah akan dapat menikmati diskaun 11% tanpa perbelanjaan minimum dan juga baucar hoolah 11 x RM500.

Selain itu, terdapat beberapa jenama lain yang hadir dengan penawaran tersendiri seperti:

De’Longhi Malaysia

Dari 6 hingga 11 November, anda boleh menikmati potongan 11 peratus menerusi laman rasmi De’Longhi Malaysia. Anda juga boleh memilih antara tiga paket kopi dengan harga istimewa yang boleh ditebus melalui kod promo di E’Store De’Longhi Malaysia Office.

Bukan itu sahaja, pada jam antara 12 pagi hingga 6 pagi, nikmati 15% + 5% diskaun untuk produk terpilih termasuk Pump Espresso dan pembuat Drip Coffee.

6IXTY8IGHT

Nikmati potongan 11% untuk pakaian dalam kegemaran anda. Bagi yang berminat, promosi ini hanya sah pada 11 November dan terhad kepada 100 pelanggan pertama.

Kenwood Malaysia

Berbelanja secara atas talian di Kenwood Malaysia dan dapatkan pelbagai peralatan dapur pada harga istimewa.

Dari 6 hingga 11 November, nikmati potongan 11 peratus di seluruh laman web dan dapatkan hadiah eksklusif pada pengadun dapur yang terpilih. Antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, nikmati potongan 15% + 5% untuk produk terpilih termasuk Cooking Chef KCC9040S.

Melissa

Dapatkan kasut Melissa kegemaran anda dengan potongan hingga 50 peratus dan juga tambahan diskaun 11 peratus pada 11 November sahaja. Di samping itu, anda juga boleh memperolehi promosi beli 1 percuma 1 pada pada 9 hingga 11 November.

Solar Time

Beli dan dapatkan jam tangan kegemaran anda di Solar Time pada 11 November dengan potongan harga sehingga 80 peratus.

Dari 6 hingga 15 November, Solar Time menawarkan diskaun pembelian dan juga penghantaran percuma di seluruh negara untuk pesanan melebihi RM100. Bukan itu sahaja, dapatkan juga hadiah dengan pembelian untuk jam tangan terpilih. 

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran promosi dari hoolah ini, anda boleh layari laman rasmi hoolah bermula hari ini!