Carian
Adakah Patch Test Penting Sebelum Menukar Ke Produk Penjagaan Kulit Yang Baru?
November 5, 2020 Lina Rosli

Adakah Patch Test Penting Sebelum Menukar Ke Produk Penjagaan Kulit Yang Baru?

Patch Test adalah teknik penjagaan kulit yang kebanyakan individu sering tinggalkan. Hakikatnya, teknik ini atau ujian tampalan (patch test) ini sebenarnya perlu dilakukan bagi membantuk membantu membersihkan jerawat, terutamanya bagi anda yang mempunyai kulit yang sensitif.

Mengapa perlu ujian tampalan? Uji tampalan adalah proses atau teknik untuk menguji produk baru dan seterusnya melihat sama ada ia akan berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Hal ini kerana, terdapat sesetengan inidividu yang mempunyai masalah kulit boleh menghadapi reaksi jerawat atau alahan yang teruk apabila menggunakan sesuatu produk tidak bersesuaian dengan kulit..

Person Applying Hand Cream

Selain produk kecantikan atau penjagaan wajah, alatan mandian dan pelembap juga boleh menyebabkan reaksi walaupun anda pernah menggunakan produk serupa sebelumnya. Kesan ini adalah disebabkan oleh sensitiviti kulit yang boleh berubah seiring dengan pertambahan usia.

Bahagian kulit mana yang perlu dilakukan ujian tampalan?

Anda boleh melakukannya di dua kawasan berbeza iaitu dikawasan yang kurang sensitif dan kawasan yang paling sensitif. Anda boleh mengukur tindak balas ini jika berlakunya kerengsaan atau muncul gatal-gatal pada kawasan yang anda lakukan ujian.

Antara kawasan yang paling disarankan adalah di belakang telinga atau di celah siku anda.

Bukan itu sahaja, anda hanya memerlukan sebilangan kecil produk sahaja. Selain itu, anda juga perlu menunggu sekurang-kurangnya 24 jam atau lebih baik 72 jam untuk memeriksa tanda-tanda kerengsaan. 

Sebilangan individu mempunyai tempoh respons yang pantas terhadap pada bahan yang mereka sensitif. Namun, ada juga yang boleh memakan masa beberapa hari atau bahkan berminggu-minggu.

_______________________________________________________________________

Harus diingatkan bahawa kulit setiap individu adalah unik. Oleh itu, tidak semestinya produk itu bagus untuk orang lain, ia juga bagus untuk anda.

Sumber: Simple Skincare Science, Balmonds UK

Komen