Belanjawan 2021: Pusat Sokongan Sosial Setempat – Tempat Perlindungan Untuk Wanita

Pada Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, Kerajaan Malaysia telah menyediakan tempat perlindungan sosial dan sokongan moral untuk para wanita.

Sebanyak RM21 juta peruntukan disediakan bagi membina Pusat Sokongan Sosial Setempat. Ia bertujuan untuk membantu para wanita yang mendepani masalah keganasan rumah tangga, penceraian dan penderaan.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga dilihat hadir Program Saringan untuk kanser serviks dan insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita yang berisiko tinggi mendapat kanser payudara. Peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM10 juta.