Carian
Belanjawan 2021: BizMe – Program Bimbingan Untuk Teknikal Perniagaan Dan Strategi Pemasaran Untuk Wanita
November 6, 2020 Lina Rosli

Belanjawan 2021: BizMe – Program Bimbingan Untuk Teknikal Perniagaan Dan Strategi Pemasaran Untuk Wanita

Bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang perniagaan, kerajaan telah hadir dengan satu program untuk membantu para usahawan wanita.

Melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro atau BizMe, sekitar lebih 2,000 usahawan wanita akan menerima bantuan dan bimbingan untuk mengetahui lebih lanjut aspek pembungkusan, perlabelan dan juga strategi pemasaran.

Bukan itu sahaja, Kerajaan Malaysia turut menyediakan program khusus untuk meningkatkan lagi penglibatan kontrak wanita Bumiputera dalam kontrak Kerajaan.

Bersama-sama dengan program ini juga, kerajaan memperuntukkan RM95 juta untuk pembiayaian mikro kredit khas yang disediakan melalui TEKUN, MARA dan juga AgroBank.

Selain itu, sebanyak RM50 juta disediakan untuk aktiviti pembiayaiaan Islam melalui Ar-Rahnu BizNita dibawah YaPEIM.

Komen