PKPB Lanjut 4 Minggu Ke Atas Semua Negeri Di Semenanjung Kecuali Perlis, Kelantan & Pahang

Terkini, Menteri Keselamatan Negara telah mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke atas semua negeri di Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kuantan bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020.

white toilet paper roll on brown wooden table

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ketahui dan ingati mengenai PKPB:

  • Hanya 2 orang sahaja dibenarkan di dalam kereta untuk keluar bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan dan keperluan rumah.
  • Perkhidmatan teksi, seru-pandu dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi.
  • Institut pengajian tinggi awam dan swasta, institut latihan kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz, pusat jagaan kanak-kanak ditutup.
  • Pergerakan ke tempat kerja perlu mendapatkan surat dari majikan.
  • Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau bekerja dari rumah.
  • Semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di setiap negeri masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Selain itu, untuk negeri-negeri di yang masih melaksanakan PKPP seperti Perlis, Kelantan dan Pahang masih tidak dibenarkan merentas negeri.

Berikut adalah beberapa perkara dan panduan yang perlu anda ikuti bagi memastikan keselematan diri dan orang sekeliling terjamin. Pastikan anda peka dengan arahan yang telah dikeluarkan pihak kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa yang lain sepanjang tempoh PKPB berlangsung.