Carian
Soalan Popular PKPB – Ini Adalah Apa Yang Perlu Anda Tahu
November 7, 2020 Lina Rosli

Soalan Popular PKPB – Ini Adalah Apa Yang Perlu Anda Tahu

Selari dengan pengumuman perlaksanaan PKPB ke atas semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang, terdapat beberapa persoalan popular yang perlu anda tahu sepanjang tempoh berkenaan.

Seperti yang anda ketahui, terdapat beberapa SOP atau syarat perlu dipatuhi oleh semua masyarakat yang terlibat bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020.

Jadi apakah SOP yang perlu anda ketahui sepanjang PKPB berlangsung?

Bolehkah saya keluar ke tempat kerja?

Jawapannya: Boleh dengan syarat, majikan atau syarikat perlu mengeluarkan surat kebenaran untuk hadir ke tempat kerja.

Bagi individu yang perlu merentas daerah untuk bergerak ke tempat kerja, anda perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan ketika di sekatan jalan raya.

Bolehkan saya keluar untuk ke tempat makan?

Jawapannya: Boleh dan individu perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan MKN seperti mengekalkan jarak sewaktu berada di meja makan selain mengimbas suhu terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke kedai makan.

Walau bagaimanapun, individu disarankan untuk menggunakan perkhidmatan seperti pandu-lalu atau penghantaran makanan ke rumah seperti GrabFood dan foodpanda.

Adakah perkhidmatan restoran dibenarkan?

Restoran dan kafetaria dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat dan kelulusan yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan. Penyediaan makanan secara buffet tidak dibenarkan.

Bolehkah saya keluar untuk membeli kelengkapan rumah?

Jawapannya: Boleh, namun terhad kepada dua orang sahaja. 

Walau bagaimanapun, golongan yang berisiko tinggi seperti orang tua atau individu dengan penyakit kritikal adalah tidak digalakkan untuk keluar. 

Bolehkah saya menaiki pengangkutan awam

Jawapannya: Boleh. Namun, semua penumpang adalah diwajibkan menggunakan topeng muka pada setiap masa menaiki pengangkutan awam.

Penumpang dinasihatkan untuk membuat pembayaran tiket dengan menggunakan pembayaran tanpa tunai seperti menggunakan kad touch ‘n go dan pas bulanan.

man standing beside train station

Adakah perkhidmatan teksi dan seru-pandu beroperasi?

Jawapannya: Bagi perkhidmatan teksi dan seru-pandu, had maksima penumpang hanyalah dua orang pada satu-satu masa dan penumpang pula wajib duduk di kerusi belakang. 

Penumpang dinasihatkan untuk membuat pembayaran secara atas talian sahaja.

Adakah pusat membeli-belah beroperasi seperti biasa?

Jawapannya: Pusat membeli-belah merupakan salah satu ekonomi. Ia akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh PKPB.

Walau bagaimanapun, individu masih perlu mematuhi SOP yang ditetapkan seperti mengekalkan jarak 1 meter, mengimbas suhu selain memakai topeng muka sewaktu ke tempat berkenaan.

Adakah insititut pengajian seperti sekolah, taska dan IPT beroperasi?

Jawapannya: Tidak, sekolah dan IPT tidak beroperasi di kawasan PKPB sehingga diumumkan.

Bolehkah saya melaksanakan majlis akad nikah atau majlis kahwin pada tempoh PKPB?

Jawapannya: Boleh untuk meneruskan majlis perkahwinan dengan jemputan 30 orang dan perlu mengambil kira keluasan tempat serta penjarakan 1 meter. Namun, majlis makan adalah tidak dibenarkan.

Tempat akad yang dibenarkan adalah merangkumi pejabat agama dan juga masjid-masjid yang terpilih dan ditentukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

white ceramic dinner plate set on brown wooden table

Bolehkah saya mengupah jurugambar waktu majlis kahwin?

Jawapannya: Jurugambar untuk majlis perkahwinan adalah dibenarkan. Ia adalah tidak termasuk dalam jumlah jemputan seramai 30 orang.

Bolehkah saya menjemput tetamu dari luar negeri untuk majlis kahwin?

Jawapannya: Rentas negeri adalah tidak dibenarkan. Namun, bagi negeri di kawasan PKPP, rentas daerah adalah dibenarkan.

 

Komen