Adakah Pilihan Raya Di A.S Memberi Kesan Kepada Industri Fesyen Dunia?

Pada tahun 2020, pandemik dilihat telah banyak mempengaruhi industri fesyen secara global termasuk menangguhkan operasi kilang pembuatan, penutupan kedai-kedai baju di pasaraya dan pusat membeli-belah dan juga pembatalan acara fesyen terkemuka. 

Rentetan daripada itu, kebanyakan pengenalan koleksi terbaru beberapa jenama luar negara dan dalam negara terpaksa ditunda dan dibawa ke tahun 2021 selain turut lebih memfokuskan kepada peluang beralih ke fesyen semasa iaitu penawaran pelitup muka.

Daripada Pandemik Beralih Ke Pilihan Raya

Seperti yang anda ketahui baru-baru ini, Amerika Syarikat telah melaksanakan pilihan raya untuk tahun 2020. Berdasarkan hasil undian yang dibentangkan, Joe Biden telah memenangi kerusi Presiden Amerika Syarikat mengalahkan Donald Trump pada 7 November 2020 lepas.

Tidak dinafikan, Amerika Syarikat adalah salah satu kuasa besar dunia. Jadi, apabila berlakunya pilihan raya sudah tentu sedikit sebanyak akan memberi kesan positif dan negatif untuk sektor ekonomi dunia, termasuk industri fesyen.

Kesan pilihan raya kepada industri fesyen merangkumi ketidakstabilan geopolitik dan ketegangan perdagangan.

Sebagai contoh sebelum ini, ekonomi global berada di bawah tekanan, dengan ketidakstabilan politik di Amerika Syarikat dan geopolitik merumitkan prospek industri fesyen global pada tahun 2020.

assorted-color clothes lot

Selepas Donald Trump dilantik sebagai Presiden A.S pada tahun 2016 lepas, beliau telah mencetuskan konflik dalam hubungan perdagangan dengan negara-negara seperti China, Kanada, Mexico, India, Korea Selatan, Thailand, Taiwan, dan Vietnam. Bukan itu sahaja, dasar “America First” yang diwujudkan juga telah memberi impak kepada dasar perlindungan (protectsionism) dalam aktiviti perdagangan.

Dasar perlindungan ini adalah polisi ekonomi untuk menerhadkan import dari negara lain melalui kaedah seperti tarif yang dikenakan di atas barang import dan juga kuota import. Dasar proteksionisme ini dikatakan melindungi pengeluar, perniagaan dan pekerja daripada pesaing asing. Namun, ia juga boleh menurunkan kuantiti perdagangan dan mempengaruhi konsumen secara umum selain akan merugikan pengeluar dan pekerja di sektor eksport.

Kesan dasar proteksionisme ini telah banyak memberikan limitasi kepada kebanyakan jenama. Antaranya jenama Urban Zen, sebuah jenama mewah New York mengatakan perniagaan global sangat bergantung pada kebanyakan perkongsian di seluruh dunia. Disebabkan dasar ini, mereka terpaksa menanggung sendiri banyak kerosakan.

Donna Karan's Urban Zen Collection at Carrots - Haute Living

Namun, Joe Biden sebagai Presiden nampaknya mempunyai visi yang lain untuk industri ini.

Apa kesannya kepada industri fesyen di seluruh dunia?

Berbeza dengan Trump, Biden pula akan meningkatkan cukai ke atas pembelian barangan berjenama. Dasar cukai yang diperkenalkan Joe Biden bermaksud pengambilan risiko perniagaan yang lebih rendah dan pertumbuhan yang lebih perlahan. Apabila cukai lebih tinggi, perbelanjaan juga menjadi lebih tinggi dan akan membantu meningkatkan semula mata wang dollar yang lemah.

Menurut laporan McKinsey, A.S menyatakan ia sedang memerangi ekstremisme dan pembunuhan beramai-ramai di Wilayah Xinjiang. Oleh sebab itu, Dewan Perwakilan yang dikuasai Demokrat memperkenalkan rang undang-undang yang mengharuskan syarikat membuktikan produk yang diimport dari Xinjiang tidak dihasilkan oleh buruh paksa.

red and white dining tables and chairs

Kesan daripada udang-undang ini akan menimbulkan komplikasi bagi syarikat pakaian yang melibatkan juruaudit jenama fesyen tidak bebas daripada pemantauan atau campur tangan pihak berkuasa China.

Kesannya kepada industri fesyen dunia adalah A.S akan mendapatkan pengeluaran daripada negara-negara seperti Vietnam dan Bangladesh. Perkara ini telah dilihat pada separuh pertama tahun 2020, A.S dilihat mengimport pakaian dari Vietnam dan dijangka akan mengurangkan pengeluaran dan pembuatannya kain di China pada tahun mendatang.

Adakah Industri Fesyen Akan Lebih Berkembang Di Bawah Kepimpinan Joe Biden?

Daripada apa yang dikatakan oleh Joe Biden, beliau dijangka akan menukar beberapa dasar Trump yang lebih kontroversial mengenai iklim dan pandemik selain akan bekerjasama lebih erat dengan sekutu Amerika.

Namun, untuk isu perdagangan dengan China, beliau masih akan meneruskan dasar yang dilaksanakan Trump berkaitan isu perdagangan, pencurian harta intelek dan juga dasar monopoli perdagangan secara paksaan. Semestinya, Biden akan mengurangkan kebergantungan ekonomi ke atas China dengan menyeru industri fesyen untuk bergerak lebih aktif selepas ini.

Sumber: crfashionbook, McKinsey, Wikipedia: Protectionism, CNN, Independent UK