DIY Alat Solek Guna Krayon – Anda Pasti Tak Sangka Impaknya Pada Kulit
Jika anda tonton video dan tutorial DIY yang dipertontokan di sosial media dan platform kandungan atas-talian, anda akan menyaksikan beberapa tips dan hacks yang menggunakan beberapa barangan biasa sebagai ganti alat solek.
Secara asasnya, kosmetik diperbuat daripada gabungan bahan seperti wax dan alkohol. Untuk bahan-bahan yang lain pula termasuk air, bahan pengawet, pelembap, pewarna dan wangian. Walaupun ia mengandungi beberapa jenis bahan kimia, namun ia masih lagi menggunakan kuantiti bahan yang bersesuaian untuk kulit.
Sementara krayon pula mengandungi lilin, arang, kapur, pewarna atau bahan-bahan lain untuk digunakan dalam penulisan, pewarnaan, dan lukisan.
Seperti yang anda lihat, sudah tentu bahan yang terkandung dalam krayon kelihatan seperti tidak berbahaya. Namun, sebenarnya kandungan pewarna yang digunakan sebenarnya perlu melepasi piawaian FDA yang mana perlu selamat untuk digunakan pada kulit.
Sebagai contoh, jika pewarna hijau yang digunakan adalah berasaskan klorofil, maka ia tidak mempunyai sebarang masalah digunakan pada kulit. Tetapi jika ia menggunakan hijau kromium, nampaknya ia akan meninggalkan kesan yang buruk pada kulit.
Kromium adalah sejenis bahan kimia yang terbukti menghasilkan dermatitis kontak yang menyebabkan kerengsaan dan alergi.
Hexavalen Kromium Dalam Krayon
Penggunaan bahan ini di dalam tint dan juga dakwat adalah suatu perkara biasa. Ia digunakan secara meluas pada produk seperti:
- pigmen untuk pewarna tekstil, cat, dakwat dan plastik
- perencat hakisan
- pengawet kayu
Jadi apabila anda meletakkan kromium pada bibir atau kulit anda mungkin akan mengalami masalah kesihatan seperti:
- kerengsaan pada lapisan hidung
- ulser hidung
- masalah pernafasan
- ulser kulit dan alergi
Sekiranya bahan tersebut mempunyai dos kromium yang tinggi, ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan perut dan usus dan menganggu sistem reproduksi.