Kerap Makan Sosej? Ini Adalah Kesannya Pada Usus Anda
Seperti yang anda ketahui sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan yang mana indidvidu di Malaysia tidak digalakkan untuk menjadikan sosej sebagai makanan harian untuk anak-anak kerana boleh meningkat risiko obesiti dan kanser usus.
Untuk pengetahuan anda, sosej diperbuat daripada bukan daging sebenar dan mengandungi sejenis makanan diproses. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi yang mana akan meningkatkan risiko kanser selain mempunyai kandungan garam yang tinggi serta hadir dengan bahan pengawet yang banyak.
Bagaimana Sosej Dibuat?
Secara umumnya, sosej ini dicipta atas dasar bagi memastikan tiada bahan-bahan dalaman haiwan yang terbazir dan dibuang secara sia-sia.
Menurut Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), sosej dihasilkan bukan daripada daging mentah, ia diperbuat daripada pemotongan otot bawah haiwan, tisu lemak, daging kepala, kaki haiwan, kulit haiwan, darah, hati dan produk sampingan lain yang boleh dimakan.
Sosej Meningkatkan Risiko Kanser?
Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas sosej, ia mendapati kandungan lemak dalam makan yang tinggi akan mendorong karsinogenesis melalui ketahanan insulin atau asid hempedu tinja.
Dengan memakan 50 gram daging yang diproses setiap hari meningkatkan risiko barah kolorektal sebanyak 18%. Berat yang dinyatakan adalah bersamaaan satu sosej.
Bukan itu sahaja, dalam kajian tersebut juga mengatakan pengambilan daging proses dengan beberapa makanan lain seperti kentang goreng, gula-gula, kek, pencuci mulut, makanan ringan dan minuman beralkohol juga akan meningkatkan risiko kancer kolorektal.
Sumber: Science Daily, Cancer.org