Kenapa Platform Edagang Meraikan Tawaran 11.11 – 5 Fakta Menarik Mengenai Tarikh Ini
Tinggal beberapa jam lagi sebelum memasuki tarikh 11 November atau lebih dikenali sebagai 11.11. Pada hari tersebut akan berlangsungnya acara terbesar di platform atas-talian yang melibatkan banyak syarikat edagang di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Mengapa 11.11?
11.11 ini sebenarnya merupakan tarikh perayaan untuk Hari Bujang dan disebut Singles ‘Day. Ia diperkenalkan oleh pengasas Alibaba iaituJack Ma.
Tanggal 11 November (11/11), dipilih kerana angka “1” menyerupai kayu panjang yang disebut guānggùn dalam bahasa Mandarin. Ia merupakan bahasa slanga internet masyarakat Cina untuk golongan bujang yang tidak berkahwin.
Bagaimana 11.11 bermula?
Singles ‘Day ini mula diperkenalkan pada tahun 1993 di Universiti Nanjing bagi meraikan para pelajar yang tidak mempunyai pasangan. Hari ini merupakan lawan kepada hari Valentine pada tanggal 14 Februari.
Kalau dari sudut edagang pula, kebanyakan jenama antarabangsa akan mengambil bahagian dalam acara Black Friday. Jadi, acara 11.11 ini dikategorikan sebagai Black Friday Asia atau Cyber Monday Asia yang membawakan pelbagai tawaran menarik dan diskaun berbaloi yang boleh semua pengunjung nikmati.
Acara Yang Besar Dengan Nilai Transaksi Yang Besar
Acara tahunan ini bermula pada tengah malam 11 November dan berlangsung selama 24 jam yang menampilkan potongan yang harga secara besar-besaran.
Walau bagaimanapun, ada juga platform yang telah melakukan pra-diskaun seawal 6 November.
Pada tahun 2019 yang lalu, Lazada telah mencatatkan jualan yang tertinggi untuk acara 11.11. Ia menampilkan pencapaian GMV hampir RM100 juta transaksi jualan sewaktu acara 24 jam ini berlangsung.
Sementara Shopee pula membawakan nilai traksaksi sehingga RM114 juta.
Bukankah itu adalah sebuah nombor yang besar?
Kita imbas kembali pada tahun 2009 iaitu sejak pertama kali acara ini diraikan oleh Alibaba menampilkan janaan GMV sebanyak $7.8 juta. Manakala pada tahun 2019 pula, transaksi di sistem pembayaran atas-talian Alibaba iaitu Alipay mencapai $38.4 bilion mengalahkan acara Cyber Monday dan Black Friday. Sebanyak $1 bilion dalam tempoh satu minit dan lapan saat dibelanjakan dan $12 bilion jualan dalam tempoh 24 jam.
Bagaimana 11.11 berjaya menarik jenama untuk menyertai acara atas-talian ini?
Dengan adanya infrastruktur edagang, ia sememangnya banyak membantu jenama-jenama global dan tempatan dalam menikmati faedah dan kemudahan belian lebih-lebih lagi pada tempoh pandemik ini.
Menurut Presiden Tmall Import dan Export Alvin Liu, GMV TMall Global meningkat lebih dari 40% tahun ke tahun (YoY) pada bulan April hingga Jun 2020. Terdapat juga peningkatan mendadak dalam pembelian produk import dalam talian kerana kesan antarabangsa pandemik.
Berdasarkan statistik ini, ia semestinya meningkatkan keyakinan pekedai dan jenama tempatan untuk menyertai acara ini. Bukan itu sahaja, platform Shopee, Lazada, Zalora, Tmall Global dan lain-lain ini juga hadir dalam menghubungkan pekedai atau jenama dengan pelanggan mereka. Melaluinya, Acara 11.11 ini membantu pelanggan mendapatkan barangan keperluan mereka dengan lebih mudah dan lebih lancar.
Strategi ‘Runcit Baru’
Selain tawaran promosi dan diskaun yang berbaloi, acara 11.11 ini juga membawakan pelbagai strategi pemasaran yang dikendalikan platform edagang.
Tidak hanya tertumpu kepada jualan, paltform-platform ini juga hadir dengan pelbagai kaedah pemasaran selari dengan kelebihan teknologi yang tersedia.
Antaranya, Lazada menawarkan LazGames untuk yang mana pelanggan boleh bermain permainan ‘Happy Bounce’ dan menebus 25,000 baucar untuk mendapatkan hadiah dari L’Oreal, Maybelline dan Garnier. Selain itu, Lazada turut memperkenalkan Chup Dulu, Laz Treats dan banyak lagi.