Promosi Sempena 11.11 Di Starbucks, KFC, Tealive, Llaollao – Serendah RM4.50
Selain Lazada, Shopee, Zalora dan platform edagang yang lain, kedai makan dan restoran kegemaran anda juga hadir dengan beberapa tawaran hebat.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun dan promosi menarik bersempena acara 11.11 yang akan berlangsung esok.
KFC

Nikmati tawaran Beli 1 Percuma 1 dari KFC pada 11 November ini menerusi aplikasi KFC App.
Berikut adalah tawaran yang boleh anda tebus:
1. Beli kombo ayam 2 ketul dan dapatkan 2 ketul percuma.
Kod Promo: FREE2PC
2. Beli kombo Zinger Classic dan dapatkan satu Zinger Classic Burger percuma
Kod Promo: FREEZINGER
3. Beli kombo nasi dengan satu ketul ayam, dan dapatkan satu ketul ayam percuma
Kod Promo: FREE1PC
Muat turun aplikasi KFC di iOS dan Android anda bermula hari ini dan rebut peluang keemasan ini.
Starbucks
Bagi kafe minuman popular Starbucks pula menawarkan promosi belian pada harga RM11 untuk minuman bersaiz Grande bermula jam 11 pagi sehingga 11 malam bersempena 11.11 ini.
Bukan itu sahaja, Starbucks juga hadir dengan promosi Beli 1 Percuma 1 pada setiap hari Sabtu dan Ahad sehingga 29 November 2020. Dapatkan promosi ini pada jam 10 pagi hingga jam 12 tengahari.
Maklumat lanjut: Starbucks Malaysia
Tealive

Flash Sale Tealive di Lazada menawarkan pembelian pada harga hanya RM8.95 untuk tiga minuman dan RM4.50 untuk minuman.
Maklumat Lanjut: Facebook Tealive
Baskin Robbins

Baskin Robbins Malaysia mengadakan Promosi 11.11 dengan harga jualan serendah RM11.
Dapatkan minuman Baskin Robbins AMAZING Milkshake (Jr), Chilled Affogato dan Blast akan ditawarkan dengan harga istimewa.
Llaollao

Llaollao Malaysia menawarkan Froyo dengan harga RM11 hanya apabila anda membeli baucar pada aplikasi myllaollao.club atau secara atas-talian di aplikasi Lazada dan Shopee.
Tebus pembelian ini bermula 12 hingga 30 November 2020.
________________________________________________________________________
Terdapat lagi diskaun yang ditawarkan oleh kedai makanan dan juga restoran kegemaran anda. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun dan promosi menarik bersempena acara 11.11 yang akan berlangsung esok.