Terbaru, Kohler hadir dengan satu sitem terbaru untuk tandas yang menggabungkan fungsi praktikal dan serbaguna yang canggih yang dinamakan Eir.

Eir ini dilengkapi dengan ciri-ciri tandas pintar yang mana sangat sesuai untuk gaya hidup masa kini yang memerlukan anda untuk sentiasa berada di dalam keadaan bersih. Melalui Eir, kebersihan tandas dan bilik mandi anda akan berada di tahap maksimum.

Rekaan Tandas Moden

Tandas pintar Eir ini menawarkan reka bentuk moden dengan lekukan lembut denga kemasan yang moden.

Ia dilengkapi kabel kuasa tersembunyi dan saluran bekalan air yang akan menjanjikan pembersihan dan penyelenggaraan yang dipermudahkan untuk membolehkan tandas berfungsi dengan baik.

Selain itu, ia juga menampilkan butang pembersih dengan hanya satu klik untuk mengaktifkan fungsi air elektrolisis dan cahaya UV untuk membersihkan mangkuk tandas.

Sementara untuk sistem penapisan air pula, ia menyertakan bidet yang selesa serta alat kawalan jauh skrin sentuh untuk kawalan yang diperibadikan (personalization). Bidet di Eir disesuaikan untuk memudahkan proses pembersihan diri.

Bagi yang berminat, layari laman rasmi KOHLER untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem tandas pintar Eir bermula hari ini.

Lihat profil
Lina Rosli

922 artikel di Tajria.