Carian
Asal Usul Milo – Adakah Sebutannya Meelo Atau Mailo?
November 11, 2020 Lina Rosli

Tidak disangkal lagi, Milo adalah sebuah jenama minuman malt yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Tidak kira tua atau muda, kecil atau dewasa.

Ia sangat sinonim dengan fungsi memberikan tenaga bagi melaksanakan aktiviti dan tugasan. Namun tahukah anda apakah disebalik minuman Milo ini?

Bagaimana Menyebut Milo, Mailo atau Meelo?

Cara sebutan minuman ini sering menjadi tanda tanya, adakah yang menyebutnya Mailo dan ada juga yang memanggilnya Mee-lo.

Untuk pengetahuan anda, cara sebutannya yang betul adalah, Mailo atau My-lo.

Ia berasal dari sebutan Milo of Croton, iaitu seorang ahli gusti Yunani yang wujud pada abad ke-6 SM.

Minuman ini kemudiannya diperluaskan ke Sydney pada tahun 1934 oleh seorang ahli kimia industri bernama Thomas Mayne. Menurut Mayne, minuman ini disediakan bertujuan untuk menguatkan anak-anak yang tidak mendapat nutrien yang cukup akibat kemurungan.

ENG

Apakah Di Sebalik Milo?

Milo mengandungi air dan juga sirap pekat yang diperoleh dari gandum malt atau barli.

Namun pada tahun 2017, Nestle Filipina telah menghasilkan Milo menggunakan formulasi “protomalt” iaitu karbohidrat yang berasal dari barli dan ubi kayu.

Berbalik pada kisah nama Milo, minuman ini sering diiklankan dengan visual dan pesanan sebagai pilihan yang baik untuk anak-anak yang menjalani gaya hidup yang aktif dan dan memerlukan tenaga yang banyak.

Pernah juga pada. suatu masa dahulu, ia dipasarkan sebagai “makanan tonik yang diperkaya” yang boleh membantu meningkatkan fungsi pancaindera, mendorong tidur dan sesuai disajikan kepada orang sakit.

Vintage Milo advertisement

Jika pada hari ini, Milo masih lagi menawarkan sentimen yang sama dengan mengiklankan bahawa Milo menawarkan vitamin dan mineral penting untuk memenuhi keperluan nutrisi dan tenaga untuk tubuh dan juga kecerdasan muda.

Adakah Milo Benar-Benar Baik Untuk Kesihatan?

Tahukah anda bahawa Milo mengandungi lebih banyak gula daripada bahan lain seperti malt, koko, dan susu?

Apabila ia mengandungi kandungan gula yang tinggi, pengambilan Milo setiap hari secara berlebihan boleh memberikan kemudaratan pada tubuh yang mana akan merosakkan badan kita.

Untuk pengetahuan anda, Milo sebelum ini pernah mendapat kritikan tentang kehadiran kandungan gula yang agak tinggi untuk satu minuman yang sihat.

Oleh itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyarankan pengambilan Milo secara sederhana kerana dalam hidangan minuman adalah digalakkan. 

Walau bagaimanapun, Nestle telah hadir dengan panduan untuk menyediakan air Milo yang benar-benar betul iaitu hanya tiga sudu teh Milo dengan segelas susu skim.

Mengapa Milo Popular Di Malaysia?

Milo diperkenalkan di Malaysia oleh Nestle pada tahun 1950, sebagai minuman makanan tonik. Sasaran pelanggan utama mereka adalah agar atlet mendapatkan tenaga untuk terus berusaha.

Bagaimana Milo memperoleh popularitinya?

Di Malaysia, lori dan van Milo adalah salah satu medium yang membantu mempromosikan Milo tidak kira di tempat awam dan juga sekolah. Ia membantu mengkomersialkan Milo kepada pelanggan mereka. Sejak itu, ia menjadi ikon jenama untuk Milo. 

Sumber: Milo.com.au , Nestle, Healthy Food

Komen