Carian
Mengapa Masih Dahaga Walaupun Sudah Minum Air?
November 11, 2020 Lina Rosli

Mengapa Masih Dahaga Walaupun Sudah Minum Air?

Seperti yang anda ketahui, badan kita memerlukan sekurangnya 8 gelas air sehari bagi memastikan tubuh badan anda kekal hidrat.

Sekitar 60 peratus sistem tubuh badan kita dipenuhi dengan H2O yang diperlukan untuk menjalankan pelbagai fungsi tubuh.

Kekurangan air boleh mengganggu keseimbangan elektrolit badan dan mengakibatkan kelemahan, keletihan, dehidrasi, pening atau sakit kepala.

Photo of Person Holding Clear Plastic Bottle

Mengapa Masih Dahaga Walaupun Sudah Minum Air?

Pernahkah anda berasa dahaga walaupun sudah meneguk beberapa gelas air?

Jika ya, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan anda mengalami hal sedemikian.

Berikut adalah beberapa sebab kehausan yang berlebihan:

Pengambilan Makan Pedas Atau Masin

Pengambilan makanan pedas dan masin yang berlebihan setiap hari boleh menjadi salah satu sebab mengapa anda akan berasa sangat dahaga.

Selain dahaga, anda berkemungkinan besar akan kerap berpeluh, keletihan, kurang tidur atau bahkan boleh menyebabkan dehidrasi sewaktu bersenam.

White Mortar and Pestle

Muntah Dan Cirit-birit

Muntah dan cirit-birit boleh menyebabkan kehilangan air di dalam badan. Penyakit ini boleh mengganggu keseimbangan elektrolit normal sistem anda yang menyebabkan dehidrasi, pening, keletihan. Oleh itu, setiap kali anda mengalami cirit-birit atau loya maka selalu minum garam dan air gula untuk mengisi keseimbangan elektrolit yang hilang.

Pengambilan karbohidrat tinggi

Sekiranya anda mengambil karbohidrat dalam kuantiti yang banyak, maka anda boleh berasa haus yang berterusan. Hal ini kerana, karbohidrat menyerap lebih banyak air daripada lemak atau protein.

Bukan itu sahaja, pengambilan karbohidrat yang tinggi juga akan mengakibatkan anda lebih kerap kencing.

Tekanan

Tekanan boleh mempengaruhi fungsi kelenjar adrenal yang boleh mengakibatkan tekanan darah rendah. Tekanan kronik boleh dikaitkan dengan rasa dahaga, kegelisahan dan keletihan yang melampau. 

Tekanan juga menyebabkan diet dan tidur yang tidak betul menyebabkan gaya hidup dan penyakit yang tidak sihat. Oleh itu, satu-satunya cara yang berkesan untuk menghilangkan dahaga anda adalah dengan menguruskan tahap tekanan anda.

Bagaimana Cara Mengurangkan Rasa Dahaga?

Untuk mengurangkan rasa dahaga walaupun sudah mendapatkan bilangan air secukupnya, anda boleh menambah makanan tertentu dalam diet anda yang dapat membantu menjaga keseimbangan hidrasi anda. 

Clear Drinking Glass on White Table

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi air bersama dengan nutrien tertentu dapat menghilangkan dahaga anda lebih baik daripada sekadar air. 

Elakkan daripada mengambil makanan ini dalam diet:

  • Kentang goreng
  • Mi segera
  • Minuman bergula
  • Kafein
  • Kicap
  • Biskut

Gantikan makanan ini dengan buah-buahan seperi tembikai, tomato, nanas, plum, daun saderi, bayam, timun dan lain-lain. Anda juga boleh minum air lemon atau timun serta air pudina untuk mengisi kandungan nutrien dan air yang hilang di dalam badan.

Sumber: Clevalandclinic

Komen