MSG atau nama panjangnya adalah Monosodium Glutamat. Ia diperbuat daripada air, natrium dan glutamat yang merupakan asid amino yang digunakan untuk membuat protein dalam makanan dan badan kita.
MSG tidak mempunyai rasa seperti garam atau gula. Kebiasaannya, MSG diletakkan di dalam ramuan untuk meningkatkan rasa semula jadi makanan seperti daging, ayam, sup, rebusan, kaserol, gravies, makanan laut, makanan ringan dan hidangan sayur-sayuran.
Glutamat itu sendiri jika didapati secara semula jadi dalam makanan seperti jagung, kacang hijau, keju Parmesan, cendawan dan tomato.
Tidak ada kajian yang cukup untuk membuktikan sama ada MSG mencetuskan sakit kepala atau migrain. Sekiranya anda cenderung menghidap migrain setelah makan MSG, nasihat terbaik adalah mengelakkan makan makanan yang mengandungi MSG.
Sekiranya anda sering mengalami migrain atau gejala asma, dapatkan nasihat doktor anda.
Menurut Health Canada, MSG tidak membahayakan kesihatan.
Namun, sesetengah orang mungkin berasa sensitif dengan rasa yang hadir pada MSG. Pengambilan bahan ini secara berlebihan boleh mengakibatkan:
Gejala umum ini biasanya hadir secara sementara dan boleh muncul kira-kira 20 minit selepas makan MSG dan berlangsung selama kira-kira dua jam.
Namun, ia akan memberikan kesan yang lebih teruk jika MSG diambil ketika perut kosong dan minuman beralkohol pada waktu yang sama.
Dalam satu kajian mengenai MSG, kesan diet MSG yang negatif jika diambil pada dos yang sangat tinggi akan memberi kesan kepada kualiti sperma dan perubahan pada organ pembiakan.
Selain itu, penilaian status oksidatif menunjukkan bahawa MSG menyebabkan tekanan oksidatif pada testis, kerosakan DNA, pengubahsuaian protein dan juga menurunkan berat badan. Penemuan ini disokong oleh perubahan dalam histologi organ pembiakan yang mana kajian ini dilakukan pada haiwan iaitu tikus.
Sumber: NCBI, MyLoveEarth, Canada.ca