Risau Jika Beli Kereta Terpakai? Carsome x Allianz Partners Tawar Jaminan Perlindungan Kereta
Carsome merupakan sebuah platform edagang untuk kereta terpakai yang terbesar di Asia Tenggara.

Baru-baru ini, Carsome dengan kerjasama Allianz Partners Malaysia membawakan program waranti tambahan untuk pembeli kereta terpakai di Carsome untuk tempoh satu tahun.
Program Waranti Tambahan ini hadir dengan dua pakej pilihan iaitu Carsome Gold Plan dan Carsome Platinum Plan.
Untuk pakej Carsome Gold Plan, ia menawarkan perlindungan enjin, transmisi gear dan sistem penyaman udara.
Sementara Carsome Platinum Plan pula menampilkan perlindungan komponen tambahan seperti sistem bahan bakar, sistem stereng dan penyejukan dan Roadside Assistance yang disediakan oleh Allianz Partners Malaysia.

Di bawah pakej Carsome Promise, yang turut menawarkan kereta dengan pengesahan Carsome Certified dan jaminan pengembalian wang selama 5 hari.
Kereta Carsome Certified adalah kereta-kereta yang telah diselidiki dan diperiksa penggunaannya yang mana telah lulus pemeriksaan 175 titik yang ketat, tidak mengalami kemalangan besar dan tidak mengalami kerosakan struktur atau banjir.
Menurut Tinjauan Pembelian Kereta Carsome, sekitar 60 peratus pembeli kereta menghargai waranti tambahan. Oleh itu, kerjasama dengan Allianz Partners Malaysia yang menyediakan waranti tambahan satu tahun dapat memberikan nilai terbaik dan jaminan tambahan kepada pembeli.
Selain itu, pembeli juga boleh mendapatkan kemudahan lain seperti servis khidmat pelanggan, tuntutan 24 jam selain mempunyai fleksibiliti dalam memilih bengkel servis di seluruh negara.