Tiada Masa Untuk Membeli Barang Runcit? Ini 5 Platform Yang Boleh Dimuat-Turun
Bagi anda yang ingin mendapatkan dan menambah barang runcit anda di rumah, anda kini boleh membeli menerusi platform atas-talian. Ia bukan sahaja memudahkan urusan jual beli anda malah ia turut memberikan jaminan kesegaran untuk semua barangan dan keperluan untuk dapur anda.

Berikut adalah 5 aplikasi yang boleh anda cuba untuk menggunakan servis penghantaran barangan runcit terus ke pintu rumah anda.
FoodPanda Shops
FoodPanda Shops adalah platform atas-talian yang menyediakan penghantaran untuk barangan segar dan barangan runcit terus ke rumah anda.
Melalui platform ini, anda boleh mendapatkan barangan keperluan tanpa perbelanjaan minima selain waktu penghantaran sekitar 25 minit.

Terbaru, foodpanda dengan kolaborasi bersama Tesco menawarkan kepada para pengguna untuk melakukan pesanan meliputi sehingga 3000 barangan dan mendapatkannya terus di rumah dalam tempoh masa sekitar 40 minit. Buat masa ini, perkhidmatan ini ditawarkan sekitar Lembah Klang.
Lokasi Penghantaran: Di kawasan sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.
Kaedah Pembayaran: Tunai semasa penghantaran atau kad kredit/debit.
Caj Penghantaran: Bermula RM5 (Bergantung kepada jarak dan lokasi penghantaran)
________________________________________________________________________
Grab Mart
GrabMart adalah perkhidmatan penghantaran on-demand yang menawarkan pelbagai tawaran barangan seperti bahan makanan, makanan bungkusan, produk penjagaan kesihatan, produk kecantikan dan banyak lagi.

Setakat ini, perkhidmatan ini boleh diakses di:
- Lembah Klang
- Penang
- Johor Bahru
- Kuching
- Kota Kinabalu
- Melaka
- Ipoh dan Taiping
- Negeri Sembilan
- Kuantan
- Miri
- Sungai Petani
Bukan itu sahaja, Grab juga telah memperkenalkan ujian rintis untuk GrabSuperMarket di kawasan Petaling Jaya.
Lokasi Penghantaran: Di sekitar kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Seremban.
Kaedah Pembayaran: Tunai semasa penghantaran atau kad kredit/debit.
Caj penghantaran: Bergantung kepada jarak dan lokasi penghantaran
________________________________________________________________________
Mydin
Mydin adalah pusat membeli-belah atas-talian sehenti untuk semua keperluan harian anda. Pasaraya ini mempunyai lebih dari ribuan produk yang tersedia untuk pelbagai kategori seperti daging dan sayuran segar, keperluan makanan, roti, kecantikan dan peralatan kesihatan, penjagaan haiwan dan banyak lagi.

Lokasi Penghantaran: Seluruh Malaysia
Kaedah Pembayaran: Pembayaran atas-talian via eGHL, dompet digital dan juga secara tunai
Caj Penghantaran: Caj penghantaran tetap RM10 tanpa mengira tarikh dan slot waktu dipilih untuk penghantaran ke rumah dan pejabat.
________________________________________________________________________
Potboy
Potboy menawarkan lebih dari 10,000 produk di laman web terus dari pembekal. Mereka menawarkan penghantaran dan perkhidmatan percuma di kawasan utama di Lembah Klang.
Lokasi Penghantaran: Lembah Klang
Kaedah Pembayaran: Pembayaran melalui dompet digital, perbankan digital dan juga kad debit/kredit.
Caj Penghantaran: Percuma
________________________________________________________________________
MyGroser
MyGroser adalah satu aplikasi yang mudah dan pantas untuk mendapatkan barangan runcit dan barangan segar untuk mengisi semula dapur dan pantri rumah anda.
Waktu penghantaran adalah setiap hari dari jam 9 pagi sehingga jam 9 malam.

Lokasi Penghantaran: Lembah Klang
Kaedah Pembayaran: Pembayaran melalui kad debit/kredit.
Caj Penghantaran: Bergantung kepada jarak dan lokasi