Carian
7 Pakaian Yang Tidak Boleh Dimasukkan Di Dalam Mesin Pengering
November 13, 2020 Lina Rosli

7 Pakaian Yang Tidak Boleh Dimasukkan Di Dalam Mesin Pengering

Jika ke dobi, sudah tentu anda akan membersih dan mengeringkan baju terus sebelum pulang ke rumah.

Namun, tahukah anda tidak semua baju dan pakaian yang boleh dikeringkan di dalam mesin pengering. Hal ini kerana terdapat jenis bahan yang tidak tahan atau mudah rosak akibat suhu yang terlalu tinggi.

Oleh itu berikut adalah 15 barangan atau pakaian yang tidak boleh dimasukkan ke dalam mesin pengering.

Jaket Kulit atau Suede

Mengeringkan jaket kulit atau suede di dalam mesin pengering boleh menyebabkan kerosakan pada tekstur pakaian dan juga menjadikan kulit tersebut berubah warna.

black leather zip-up jacket on white textile

Selendang Sutera

Selain kulit, sutera juga tidak digalakkan untuk dikeringkan di dalam mesin pengering. 

Hal ini kerana, sutera diperbuat daripada serat protein semula jadi. Oleh kerana sifatnya yang halus, sutera tidak tahan pengering, yang bermaksud anda lebih baik mengeringkan pada cahaya matahari langsung sahaja. Kesan jika anda menggunakan pengering adalah kain akan menjadi lebih keras dan tidak beralun (flowy).  

Baju dengan renda atau lace

Lace ini diperbuat dari benang yang sangat halus, dan juga hadir dengan kapas, linen dan serat sintetik lain bergantung kepada jenis rekaan dan corak.

Oleh kerana ia halus, kaedah pengeringan menggunakan mesin mungkin akan merosakkan atau mengganggu reka bentuknya dan akan mencacatkan coraknya.

white floral textile

Jaket berbulu atau bag berbulu (Faux Fur)

Serat tekstil yang datang dari haiwan seperti bulu harimau atau bulu kambing perlu dikeringkan pada cahaya atau suhu biasa bagi melindunginya daripada menyusut atau rosak.

Walau bagaimanapun, ia pasti akan mengambil masa yang agak lama untuk memastikan ia benar-benar kering.

Namun, sebilangan campuran bulu adalah lebih baik untuk dikeringka melalui pengering pada suhu panas rendah. Oleh itu, pastikan anda menyemak tanda pada baju sebelum anda memutuskan untuk mencuci.

two women in gray and white tops

Pakaian Sukan

Sama seperti pakaian lace dan sutera, kebanyakan pakaian sukan hari ini dihasilkan daripada serat sintetik berteknologi tinggi yang direka untuk menyokong otot dan menghilangkan kelembapan semasa bersenam. 

Untuk membantu pakaian ini mengekalkan bentuk dan tekstur kainnya, elakkan pengering dan biarkan dijemur di matahari setelah dicuci.

Pakaian Bermanik Dan Labuci

Sekiranya anda mempunyai pakaian atau aksesori rumah dengan manik atau labuci, elakkan daripada mengeringkannya pada pengering. 

Hal ini kerana, jika ia menggunakan gam untuk melekatkannya, suhu panas boleh menyebabkan gam meleleh dan manik-manik berubah bentuk.

Pakaian Yang Berminyak

Jika anda mencuci kain lap berminyak di dapur atau pakaian yang dipakai oleh mekanik, ia boleh menyebabkan masalah jika anda meletakkannya di pengering. Suhu yang tinggi akan menyebabkan sisa minyak di dalam kain terbakar dan menyalakan api selain bahan berminyak dapat dengan mudah dipindahkan ke permukaan pengering.

________________________________________________________________________

Seperti yang anda tahu, tidak semua fabrik sesuai untuk dikeringkan di dalam mesin pengering pakaian. Hal ini bagi memastikan keadaan pakaian anda kekal sama dan tidak rosak akibat suhu yang panas.

Komen