Carian
Sejarah Kopi Segera – Penggemar Kopi Segera Diklasifikasikan Sebagai Amatur
November 13, 2020 Lina Rosli

Sejarah Kopi Segera – Penggemar Kopi Segera Diklasifikasikan Sebagai Amatur

Ramai yang sering menyatakan yang mana kopi segera sebenarnya bukanlah kopi yang sebenar. Ia juga diklasifikasikan sebagai kopi palsu kerana kuantiti kopinya yang sedikit dan juga biji kopi yang tidak segar. 

Namun mengapa kopi segera ini wujud dan bagaimana pasarannya boleh meluas ke seluruh dunia?

three silver scoops

Asal Usul Kopi Segera

Kopi segera pertama dicipta dan dipaten pada tahun 1881 oleh Alphonse Allais di Perancis. Namun pada tahun 1890, David Strang dari Invercargill, New Zealand mencipta dan mempatenkan kopi segera atau kopi boleh larut dibawah nama Strang’s Coffee yang menggunakan kaedah “Dry Hot-Air”.

Walau bagaimanapun, kaedah pertama yang berjaya untuk mencipta serbuk kopi larut dicipta oleh ahli kimia Jepun-Amerika Satori Kato dari Chicago pada tahun 1901. 

Bagaimana Kopi Segera Boleh Berkembang?

Pada tahun 1930 Brazil mempunyai lebihan kopi yang banyak yang mana akan mula rosak jika dibiarkan lebih lama sehingga Institut Kopi Brazil meminta ketua syarikat Nestles untuk membuat produk kopi larut yang beraroma. Dengan ini, ia dapat menyelesaikan masalah penyimpanan dan juga mungkin meningkatkan penjualan kopi secara keseluruhan.

Nestle bersetuju dan memulakan beberapa tahun penyelidikan dan kemudiannya pada tahun 1937, saintis Nestle Max Morgenthaler meperkenalkan kaedah membuat kopi segera yang kini dikenali sebagai Nescafe. 

cup of Nescafe coffee

Pada tahun 1938, Nestle mula menjualnya dan sekaligus telah menjadi trendsetter kepada industri minuman kerana kaedah yang diperkenalkannya telah menjadikan kopi segera lebih enak. Bukan itu sahaja, Nescafe juga telah memegang 72 peratus untuk pasaran kopi segera.

Mengapa Orang Memilih Kopi Segera?

Menurut laporan Washington Post, kopi segera sangat menarik kerana kemampuannya untuk memenuhi keinginan penggemar kopi baru. Jika di Amerika Syarikat, kopi segera digemari kerana ia adalah kaedah yang paling konvinien untuk mendapatkan kopi.

Pilihan untuk kopi segar dan kopi segera boleh dilihat sangat popular dalam kalangan masyarakat di Barat. Sementara kawasan seperti Asia Pasifik pula popular dengan teh. Untuk memperkenalkannya di pasaran Asia, ia memerlukan satu rasa lain yang lebih berkrim dan bergula yang boleh disediakan untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Mungkin ini membantu menjelaskan mengapa India dan China adalah dua pasaran yang paling pesat berkembang, atau mengapa Asia Pasifik adalah wilayah pengambilan kopi segera terbesar di dunia melalui penjualan.

Namun sebenarnya, kumpulan yang paling ramai minum kopi segera adalah penggemar kopi amatur.

Satu Cawan Kopi Yang Enak

Tidak seperti kopi segar yang pahit, kopi segera lebih enak dan mudah untuk dikonsum pada bila-bila waktu. Bukan itu sahaja, waktu untuk menyediakan kopi segera juga lebih cepat, lebih murah dan lebih mudah berbanding membuat kopi biasa. 

Jika dibandingkan dengan kopi segar juga, kandungan kafein di dalamnya juga rendah. Satu cawan kopi segera mengandungi antara 30 hingga 90 miligram kafein berbanding kopi biasa, yang mengandungi antara 70 dan 140 mg.

person drinking coffee

Apabila bercerita tentang perkara positif, pastinya akan ada juga kesan negatif kopi segera. Komposisi kimia dalam kopi segera juga tinggi. Ia mengandungi acrylamide, bahan kimia yang berpotensi berbahaya yang terbentuk ketika biji kopi dipanggang.

Kopi segera boleh mengandungi hingga dua kali lebih banyak bahan kimia daripada kopi biasa. Ini berpotensi merosakkan sistem saraf dan meningkatkan risiko barah jika diambil pada kuantiti yang banyak.

________________________________________________________________________

Kopi segera mengekalkan banyak manfaat kesihatan yang berkaitan dengan kopi biasa. Ia mengandungi banyak antioksidan, berpotensi lebih banyak daripada kopi biasa kerana proses pembuatan bir (melalui Healthline). Kajian menunjukkan ia juga dapat menyumbang kepada peningkatan fungsi otak dan peningkatan metabolisme. Peminum kopi juga kurang cenderung

Sumber: TIME , History of Coffee, Nescafe

Komen