Carian
Bagaimana Untuk Meningkatkan Keyakinan Dalam Masa 5 Minit?
November 13, 2020 Lina Rosli

Bagaimana Untuk Meningkatkan Keyakinan Dalam Masa 5 Minit?

Bagi anda yang selalu berasa gemuruh dan berasa sukar untuk bercakap di hadapan orang ramai, ini adalah beberapa langkah yang boleh anda praktikkan untuk meningkatkan keyakinan anda dalam masa 5 minit.

Yakin atau konfiden adalah satu perkara yang penting tidak kira untuk diri sendiri mahupun untuk orang di sekeliling.

Jadi bagaimana untuk konfiden?

man standing in front of microphone

Dalam acara Ted Talk oleh Dr. Amy Cuddy, tidak akan ada orang yang yakin sepanjang masa. Jadi, setiap kali anda berasa takut, rendah diri atau gugup cuba perhatikan persekitaran anda dan tutup mata. Menurutnya lagi, anda boleh meluangkan masa selama dua minit untuk membuat gaya atau aksi yang dikenali sebagai power pose. Melalui gaya ini, ia sedikit sebanyak boleh meningkatkan keyakinan, kekuatan dan prestasi anda.

Berikut adalah contoh beberapa power pose – dada ke atas, meletakkan tangan di kepala, lengan sama ada di atas atau disandarkan di pinggul.

Setiap orang pasti mempunyai cara untuk mengurangkan rasa gugup atau gemuruh ketika berada di dalam sesuatu keadaan. 

Hubungan mata

Salah satu bentuk komunikasi yang paling utama bermula dengan mata. Hubungan antara dua orang bermula dengan apa yang berlaku ketika mata anda bertemu.

Jadi, keyakinan juga bermula dengan mata. Apabila anda berkongsi pandangan dengan seorang individu, seluruh dunia nampaknya semakin hilang. Anda sebenarnya tidak dapat melihat apa-apa lagi setelah jangka masa tertentu. Hanya anda dan rakan perbualan anda.

man speaking in front of crowd

Kurangkan gangguan

Sebilangan besar daripada kita gemar menyatakan “aaa”, “erm”, “eh” dalam perbualan. Sekiranya anda ingin menyampaikan sesuatu dengan penuh keyakinan, hilangkan atau kurangkan “aaa”, “erm”, “eh”.

Apabila anda gementar, anda secara semula jadi mula bercakap dengan lebih cepat. Dan semestinya orang akan dapat mengesan kegemuruhan itu. Oleh itu, cuba perlahankan cara anda bercakap pada kadar yang sedikit perlahan dan pastikan anda bercakap dengan jelas.

Apa kaitannya dengan yakin? Apabila orang dapat memproses kata-kata anda dengan jelas, mereka akan memberi anda maklum balas bahawa mereka memahami apa yang anda katakan.

________________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh anda praktikkan untuk menambah keyakinan dalam masa 5 minit. Namun, jika ada perkara yang boleh anda lakukan untuk mengembangkan diri anda sebagai orang yang positif dan yakin setiap masa, ia mungkin memerlukan sedikit masa dan usaha dari pihak anda. 

Sumber: TED Talk – Amy Cuddy

Komen