The Spirit Of Rose, Berlian Termahal Di Rusia Terjual-Harga Sekitar RM109,738,300
Selama berabad-abad, berlian telah menjadi tanda sebuah kekayaan dan status. Ia disebabkan keunikan dan sukar untuk ditemui, ia menjadikannya bernilai lebih tinggi.
Baru-baru ini di Rusia telah berlangsungnya satu acara yang menawarkan berlian termahal yang pernah ada di Rusia. Ia dijumpa di sebuah lombong aluvial iaitu lombong bawah tanah (mendapan) di Timur Jauh, Rusia.

Berlian merah jambu 14.83 karat atau dikenali sebagai The Spirit Of Rose telah dijual dengan harga $26.6 juta iaitu sekitar RM109.7 juta di Sothbey’s di Geneva.
Mengapa Berlian Mahal?
Antara barang perhiasan atau barang kemas yang paling mahal adalah – Sapphire, Emerald, Berlian dan Ruby.
Berlian memerlukan berbilion tahun untuk dibentuk yang mana ia memerlukan empat bahan utama iaitu karbon, tekanan, haba dan masa.
Bukan itu sahaja, Berlian adalah batu permata yang paling berharga dan tahan lama. Malah, rekaan seakan percikan (disebut diamond’s fire) dan kualiti fizikal yang unik telah menjadikan mereka berharga di atas semua permata lain.