Carian
Ini Yang Perlu Anda Tahu Jika Ingin Melaksanakan Pernikahan Sewaktu Tempoh PKPB
November 16, 2020 Lina Rosli

Ini Yang Perlu Anda Tahu Jika Ingin Melaksanakan Pernikahan Sewaktu Tempoh PKPB

Seperti yang ramai sedia maklum, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) , terdapat beberapa panduan dan syarat yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.

Sebagai rujukan untuk anda, Tajria akan berkongsi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak JAWI khusus untuk penduduk di Wilayah Persekutuan yang ingin melangsungkan majlis akad nikah pada waktu PKPB ini.

wedding signage on wall

Perkara utama yang perlu anda ambil berat adalah mendapatkan Surat Kebenaran Berkahwin. 

Muat turun : Borang 1 – Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin

Bagi anda yang telahpun mempunyai borang ini namun telah tamat dalam tempoh PKPB, ia akan dilanjutkan 2 bulan bermula dari tarikh kebenaran berakhir. Pemohon hendaklah hadir semula ke JAWI untuk membuat penyambungan tempoh sah Kebenaran Berkahwin.

Syarat-Syarat Umum

  1. Pasangan telah mendapat Kebenaran Berkahwin daripada JAWI
  2. Keputusan Saringan HIV kedua-dua pasangan masih dalam tempoh sah laku semasa akad nikah dijalankan.

Syarat-Syarat Khusus

Pihak yang terlibat hendaklah membuat janji temu dengan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) atau Penolong Pendaftar NCR untuk mendapatkan tarikh dan waktu akad nikah.

Pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah mestilah:

  • tidak mempunyai gejala
  • bukan kontak rapat kes positif COVID-19 atau yang dibawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO)
  • bukan dari kawasan PKPD atau Zon Merah

Tempat Akad Nikah

Akad nikah hanya boleh diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan atau masjid-masjid terpilih yang ditetapkan oleh JAWI. 

Bukan itu sahaja, pensanitasian ruang perlu dilakukan di sekitar kawasan masjid untuk sebelum dan selepas majlis dilaksanakan.

wedding couple changing wedding rings

Waktu Akad Nikah

Penetapan tarikh dan waktu adalah berdasarkan maklumat temujanji yang ditetapkan oleh Pendaftar/Penolong Pendaftar NCR.

Bagi yang tidak menepati tarikh dan waktu, pihak berkuasa boleh membatalkan majlis akad nikah.

Tempoh Akad Nikah

Tempoh perjalanan keseluruhan majlis akad nikah hendaklah tidak melebihi 20 minit.

Situasi Sewaktu Majlis Akad Nikah:

Kehadiran ke majlis akad nikah hendaklah tidak melebihi 30 orang termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, jurunikah, wali dan 2 orang saksi. 

Jurufoto adalah dibenarkan dan tidak termasuk dalam 30 orang jemputan.

Susun Atur Majlis:

  1. Penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.
  2. Tidak dibenarkan berjabat tangan antara jurunikah dengan pengantin lelaki serta antara semua pihak yang terlibat dalam majlis tersebut.
  3. Hanya mas kahwin dan dokumen-dokumen yang berkaitan sahaja dibenarkan berada di dalam ruang majlis.

Acara Yang Tidak Dibenarkan Sewaktu Majlis Akad Nikah:

Tidak dibenarkan sebarang upacara seperti membatalkan air sembahyang, sarung cincin, bersalam antara satu sama lain

Hanya sekadar:

  1. Melaksanakan rukun nikah
  2. Membaca ta’liq selepas akad nikah
  3. Melakukan Ijab dan Qabul tanpa berjabat tangan

Baca Juga: Prosedur Untuk Permohonan Dan Pendaftaran Perkahwinan

Komen