Kempen #EcoBeautySquadMY Menyaksikan Keberanian Wanita Dalam Menonjolkan Bakat Diri

Untuk pengetahuan anda Kempen #EcoBeautySquadMY yang dianjurkan The Face Shop telah dilangsungkan sejak Julai yang lalu. Ia membawakan individu wanita yang “Dare to Be” dan berasa selesa dan yakin dengan diri sendiri.

Menerusi kempen pencarian #EcoBeautySquad, para peserta yang berminat dikehendaki menyerlahkan kecantikan semula jadi mereka, menunjukkan kekuatan dalaman dan keinginan mereka untuk menjadi pencetus trend yang berani.   

Berani Menjadi Bintang Baharu The Face Shop | RAMARAMA

Kempen #EcoBeautySquadMY kini hampir memasuki separuh akhir, menyaksikan hanya 30 peserta yang tinggal daripada 100 pemohonan yang telah disenaraipendek.

Antara aktiviti yang telah dilakukan sepanjang kempen termasuk siri bengkel maya bermula dengan kursus pengenalan diikuti tiga sesi bertema. Setiap bengkel membawakan demonstrasi secara langsung, percubaan produk yang praktikal dan cabaran bersasar kepada peserta, serta diiringi nasihat daripada penceramah jemputan yang berpengalaman.

 

Bengkel Pertama memperlihatakan ‘Berani Memiliki Penampilan Ini’ (Dare to Own This Look), yang mengajar peserta untuk mencipta kandungan berkualiti dan menghasilkan video bagus yang berguna dan bermanfaat untuk para pengikut. 

Manakala Bengkel Kedua pula ‘Berani Bersinar’ (Dare to Shine) memfokuskan kepada fotografi, sudut dan pencahayaan di bawah bimbingan jurugambar fesyen dan kecantikan profesional Paul Staniunas. 

Akhir sekali, tema Bengkel Ketiga adalah ‘Berani Berbuat Baik dan Berasa Hebat’ (Dare to Do Good and Feel Good) yang memberi intaian berharga ke dalam dunia bintang media sosial profesional, dengan meninjau cara untuk mencari atau mencipta keistimewaan dan muncul berbeza daripada pencipta kandungan kecantikan yang lain.

Dalam peringkat separuh akhir yang akan berlangsung dari 16 hingga 22 November ini, para peserta akan diuji menerusi cabaran atas-talian yang memerlukan mereka menerapkan semua pengetahuan yang telah dipelajari untuk kekal maju. 

Untuk maklumat lanjut mengenai THE FACE SHOP dan Kempen #EcoBeautySquadMY, sila kunjungi www.thefaceshop.com.my atau ikuti saluran media sosial rasmi di Facebook dan Instagram.