Pengurusan Diabetes Boleh Menyebabkan Tekanan – Glucerna Bantu Urus Paras Glukosa

Di Malaysia, penyakit Diabetes adalah antara penyakit dengan kadar tertinggi dalam kalangan indidvidu iaitu sekitar 3.9 juta dewasa. Bukan itu sahaja, ia juga adalah satu daripada kadar insidens tertinggi di Asia, menurut Kementerian Kesihatan. 

Trend penyakit ini bukan sahaja meningkat, malah terdapat kesan mula timbul akibat peningkatan penyakit ini dalam kalangan individu. Antara isu yang wujud termasuk pesakit dilihat menghadapi kesukaran dalam menguruskan dan mengawal paras glukosa dalam darah.

Baru-baru ini Abbott Malaysia telah memperkenalkan Glucerna dengan formulasi baru yang memudahkan penghidap diabetes mengawal pengurusan paras glukosa dalam darah mengikut sasaran yang diinginkan dalam masa hanya 4 minggu.

Menurut Abbott, mereka sebelum ini telah mengkaji dan juga mendalami cabaran yang dihadapi pesakit diabetes.

Berdasarkan tinjauan tersebut, 96% daripada 158 responden didapati mengalami Kelesuan Diabetes. Ia adalah satu keadaan yang mana mereka berasa lesu dari segi emosi atau fizikal disebabkan perasaan kecewa dan tidak berupaya akibat beban pengurusan diabetes yang dihidapi. Ini termasuk kesukaran untuk melakukan pengurusan makanan harian.

Rententan daripada ini, ia telah menyumbang kepada kadar kepatuhan yang rendah, penjagaan kesihatan diri yang berkurangan dan kawalan paras glukosa yang lemah.

Beberapa tinjauan lain termasuk 72% responden mengatakan mereka berasa tertekan dalam mengikuti diet yang sesuai untuk penghidap diabetes. Sementara 73% responden mengatakan mereka perlu mengira kalori atau karbohidrat setiap hari.

Bukan itu sahaja, para pesakit juga menyatakan bahawa mereka menginginkan sesuatu makanan yang mesra-diabetes yang mana mudah untuk dibeli serta menjadikannya sebagai ganti snek harian.

Chocolate image Desktop

Oleh itu, dengan adanya Glucerna ia menawarkan menawarkan Sistem Karbohidrat Rendah Glisemik yang baru dan diperbaiki dan 4 kali lebih banyak nutrien myo-inositol untuk membantu menguruskan paras gula dalam darah. Selain itu, ia mengandungi dwiserat dan campuran lipid unik untuk membantu mengekalkan sistem pencernaan yang sihat selain penambahan kandungan vitamin D, kalsium, zink dan zat besi untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan penghidap diabetes.

Bagi yang berminat, Glucerna boleh didapati pada harga RM115.90 di rangkaian farmasi, pasaraya dan juga kedai perubatan yang lain.

Layari: Laman Rasmi Abbot Nutrition