Tukar Mata Ganjaran Di Kedai Terpilih Untuk AirAsia Big Points
Apa itu AirAsia BIG Points? AirAsia BIG Points adalah satu program kesetiaan (loyalty) yang disediakan oleh oleh syarikat penerbangan AirAsia yang mana ia diperkenalkan sejak November 2011 yang lalu.
Menerusinya, ia menawarkan ganjaran kecil seperti barangan percuma, ganjaran, kupon atau diskaun untuk sesuatu produk.
Menerusi program BIG loyalty juga, ia membolehkan para pengguna atau ahli kelab BIG menikmati mata ganjaran BIG dan beberapa tawaran hebat yang lain.
Antara tawaran yang disediakan termasuk dapatkan mata ganjaran BIG melalui tempahan hotel dan kereta sewa menerusi laman agoda, booking.com, EasyRentCars dan juga Lazada, Fave, Sephora, JD Sports, Poplook dan macam-macam lagi.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menukar mata ganjaran dari mana-mana rakan kongsi AirAsia seperti Petron, Tunetalk, Samsung Rewards, Maybank, CIMB dan Mydin kepada mata ganjaran BIG. Sebagai contoh, untuk mata ganjaran Petron, anda boleh mendapatkan 1 mata ganjaran BIG dengan menukar 2 Petron Miles. Ganjaran ini boleh dinikmati di lebih 600 stesen minyak Petron di seluruh Malaysia.
Bagaimana Hendak Menukar Mata Ganjaran Lain Kepada Mata Ganjaran BIG?
Untuk menukar mata ganjaran lain, anda boleh melihat senarai rakan kongsi atau partners AirAsia yang menawarkan tebusan mata ganjaran.
Tukar mata ganjaran kad kredit ke AirAsia BIG Points:
Tahukah anda bahawa semua mata ganjaran kad kredit yang telah anda simpan boleh ditukar kepada mata ganjaran BIG? Anda boleh menukar mata kad kredit yang dikeluarkan dari bank seperti senarai di bawah:
- Alliance Bank Malaysia
- AmBank
- Citibank Malaysia
- CIMB Bank
- RHB Bank
- Standard Chartered
- UOB Malaysia
- Big Pay
Tukar mata ganjaran lain ke AirAsia BIG Points:
AirAsia BIG juga membolehkan anda mendapatkan ganjaran dari program ganjaran lain. Berikut ialah senarai program lain:
- Watson 5 BIG Points dengan pembelanjaan minimum RM15
- Lazada (aplikasi) 1 BIG Point untuk setiap RM1 pembelian
- Zalora (aplikasi) 1 BIG Point untuk setiap RM1 pembelian
- Hermo (aplikasi) 1 BIG Point untuk setiap RM1 pembelian
- Sports Direct 1 BIG Point untuk setiap RM1 pembelian
- Cotton On 1 BIG Point untuk setiap RM1 pembelian
- Mr DIY (laman atas-talian) 1 BIG Point untuk setiap RM1 pembelian
- Sephora 1 BIG Point untuk setiap RM1 pembelian
- Nike E-Store 1 BIG Point untuk setiap RM1 pembelian
- JD Sports 1 BIG Point untuk setiap RM1 pembelian
- Mydin 1 BIG Point dengan 4 mata ganjaran kad Meriah
- Petron 1 BIG Point dengan 2 mata ganjaran Petron Miles
- Tune Talk 3,000 BIG Points dengan 3,000 mata ganjaran Tune Talk
- Petronas 500 BIG Points dengan 2,000 mata mata ganjaran Mesra
- Samsung Rewards 1,000 BIG Points dengan 1,000 mata ganjaran Samsung Rewards
Apa yang boleh ditebus menggunakan AirAsia BIG Points?
Aplikasi ini juga direka untuk memberi kemudahan kepada ahli BIG untuk mengurus mata mereka seperti periksa sejarah transaksi, baki mata ganjaran, tarikh luput mata ganjaran dan juga boleh digunakan untuk menebus tawaran di hujung jari mereka.
Ciri-ciri baru seperti pertukaran mata, perkongsian mata ganjaran antara ahli keluarga dan penukaran mata ganjaran berdasarkan blokchain di platform BIG Xchange.
Jenama rakan kongsi BIG Deals termasuk:
Makanan
Baskin Robbins, Nando’s, Texas Chicken, Dome, Teppanyaki, The Black Whale, Santan
Membeli-belah
Adidas, ZALORA, Lazada, HappyFresh, Hermo, MPHOnline, Potboy, Farmasi Caring
Perkhidmatan
Makan Kek Hari Ini, dahmakan, Flower Chimp, GrabFood, Hungry, Photobook, Pixajoy, Smartbite
Hiburan
iflix, Razer Gold

Semenjak PKPB berlangsung, pasti banyak dalam kalangan pengguna tidak lagi melancong ke luar negara. Oleh itu, sebahagian besar penerbangan luar negara dan juga domestik dilihat tidak beroperasi bagi sesetengah tempat.
Walau bagaimanapun, pihak AirAsia menawarkan perubahan penerbangan tanpa had. Dengan ini, pengguna boleh menukar tarikh sedia ada ke mana-mana tarikh perjalanan baru sebelum 31 Disember 2020 pada laluan yang sama untuk jumlah tanpa had dan tanpa sebarang kos tambahan bergantung pada ketersediaan tempat duduk.
Untuk maklumat lanjut mengenai penukaran mata ganjaran lain kepada mata ganjaran BIG, anda boleh melayari laman rasmi AirAsia BIG atau muat turun aplikasi AirAsia BIG Loyalty dan mula mendaftar keahlian bermula hari ini. Selamat mencuba!